1

2

3

4

SINGGANG DAGING KELANTAN

SINGGANG DAGING KELANTAN
SINGGANG DAGING KELANTAN

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging (kat sini saya guna daging kambing)
  • 1 inchi lengkuas (diketuk -lebihkan pun takpe kalau suka)
  • 2 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji lada kering (potong sesuka hati)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Rebuslah hingga daging empuk. Perasakan garam. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
*Lagi sedap kalau dimakan bersama budu + sambal tempoyak

Kredit resepi: Kak Baini

RESEPI MEE KUAH DAGING

 

MEE KUAH DAGING
MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Limau kasturi

BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia

CARA MEMASAK :
  • Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
  • Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
  • Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
  • Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup

Kredit resepi: Farihan abd aziz

Senarai lokasi pasar malam mengikut hari di Pulau Pinang

 Aku dapat info ni dari group WhatsApp. Orang yang forward message listkan senarai pasar malam yang terdapat di Pulau Pinang ni. Bila aku check balik secara rawak pasar malam yang aku pernah pergi, memang ada dan tetap mengikut hari. So, korang pun boleh la check pasar malam ni untuk korang nak terjah pi pasar malam. Setakat yang aku posting, ni lah pasar malam yang terdapat di Pulau Pinang. Kalau ada update lagi, mungkin korang boleh tambah kat ruangan komen tu...

SENARAI LOKASI PASAR MALAM DI PULAU PINANG

ISNIN

1. Telok DX Bahang
2. Bukit Gedung
3. Kampung Baru Jawi
4. Taman Merak Jaya
6. Maklom, Sungai Dua
7. Pinang Tunggal
8. Kampung Melayu Ayer Itam
9. Penanti, Kubang Semang
10. Bertam, Kepala Batas

SELASA
1. Kampung Jawa
2. Taman Nusantara, George Town
3. Bandar Baru Telok Kumbar, berdekatan City Chicken Rice
4. Sungai Tiram
5. Taman Arowana
6. Machang Bubuk
7. Taman Pekaka
8. Perusahaan Desa Damai
9. Taman Siakap, Seberang jaya
10. Perkampungan Berapit, Bukit mertajam
11. Jalan Titi Timbul Lama, Permatang Pauh
12. Taman Semilang, Seberang Jaya
13. Tingkat Bagan Baru 1, Butterworth
14. Jalan Institut Pertanian Bumbung Lima, Kepala Batas
15. Permatang Sintok
16. Taman Iping, Batu Maung
17. Penaga, area Pintu Air
18. Taman Sejahtera, Alma
19. Tanjung Bungah
20. Kg Tok Elong , BM

RABU
1. Sungai Tiram
2. Taman Tun Sardon
3. Pantai Jerjak
4. Balik Pulau, Jalan Pondok Upeh
5. Seberang Jaya, sebelah Petron
6. Alma
7. Jawi
8. Jalan Taman Putri Gunung, Kepala Gajah
9. Simpang Tiga Parit Tok Maidin, Sungai Setar
10. Perkampungan Juru, Juru
11. Bukit Teh
12. Jalan Selamat, Tasik Gelugor                   
13. Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal
14. Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas
15. Taman Bersatu, Nibong Tebal
16. Pekan Kepala Batas
17. Simpang Tiga , Nibong Tebal

KHAMIS
1. Mahsuri, Bayan Baru
2. Air Itam
3. Sg Batu, berdekatan sek agama
4. Perkampungan Baru Valdor
5. Batu Kawan
6. Jalan Persiaran Tenggiri
7. Jalan Pokok Tampang, Tasik Gelugor
8. Kawasan Perniagaan Sungai Rambai, Alma
9. Pekan Darat
10. Pantai Bersih, Bagan Ajam
11. Desa Murni Sg Dua
12. Kg. Sekolah Juru 
13. Bandar Tasek Mutiara
14. Sungai Duri , SPS 

JUMAAT
1. Sungai Ara
2. Permatang Damar Laut
3. Permatang Pauh
4. Ampang Jajar
5. Taman Permata, Bukit Mertajam
6. Parit Busuk
7. Padang Menora Tasik Gelugor
8. Jalan Bagan Dalam
9. Permatang Sintuk
10. Parit Busuk Kubang Semang
11. Permatang Tok Brain
12. Simpang Empat Pmtg Buloh, K. Batas
13. Taman Seruling Emas , Sg Bakap

SABTU
1. Bayan Lepas, Jalan Mahkamah
2. Sungai Dua
3. Tanjung Tokong
4. Taman Pauh Indah, Permatang Pauh
5. Kepala Batas, pasar Kepala Batas
6. Bandar Tasek Mutiara
7. Jalan Pengkalan, Bukit Tengah
8. Jalan Kota Permai
9. Jalan Guar Jering, Guar Perahu
10. Taman Kepar, Perai
11. Taman Inderawasih, Perai
12. Sungai Cheenam, Nibong Tebal
13. Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal
14. Sungai Bakap depan Hospital
15. Relau 88

AHAD
1. Tapak Pesta
2. Balik Pulau, Simpang empat
3. Batu Maung
4. Alma, Maybank
5. Jalan Sungai Daun, Nibong tebal
6. Jalan Sempadan, Nibong tebal
7. Jalan Tunku Putra, Telok Air Tawar
8. Jalan Ong Yi How, Butterworth
9. Sungai Acheh, Nibong Tebal
10. Taman Pelangi, Auto City
11. Teluk Air Tawar, depan balai polis
12. Taman Jawi Indah
13. Taman Pekaka , USM Nibong Tebal
14. Tmn Sutera Prima , Seberang Jaya 

Sarapan pagi dan makan malam di Restoran Shah Heaven Food, Kea Farm Cameron Highlands

 

Restoran Shah Heaven Food
Restoran Shah Heaven Food
Restoran Shah Heaven Food ni terletak di dalam Holiday Parks, Kea Farm bersebelahan dengan Cameron Square Shopping Center, Cameron Highlands. Aku datang sini sebenarnya nak makan sarapan pagi. Waktu pagi menu sarapan je la ada. Kalau korang nak makan yang goreng-goreng boleh datang petang or malam. Masa aku datang malam, aku tengok Shah Heaven Food ni meriah gak la..tambah-tambahan lagi restoran ni dalam bangunan Holiday park yang ada macam ala-ala mini funfair..
senarai menu restoran shah heaven food
senarai menu restoran shah heaven food
Disebabkan aku datang waktu pagi nak sarapan, menu-menu macam roti canai, capati, roti naan macam tu je la yang ada... Jadi aku order je la kan roti naan cheese dan capati habuan sarapan pagi aku kat Cameron Highlands ni...
roti naan cheese
roti naan cheese

ni aku lupa..rasa macam roti paratha kot
ni aku lupa..rasa macam roti paratha kot😅

capati
capati
Boleh cari Shah Heaven Food ni dengan gps koordinat dan google map seperti dibawah:

GPS koordinat: 4°30'30.8"N 101°24'29.4"E atau 4.508559, 101.408160