1

2

3

4

Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ 

 Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu  yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).

 (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2.  Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.

3.  Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat.  Ia merupakan pertanda kelemahan iman.

4.  Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.

5.  Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

6.  Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Petua kekal cantik dan awet muda ikut cara Islam

ANDA mahu kekal tampak muda? Jangan bergantung kepada produk kecantikan semata-mata sebaliknya, cubalah petua yang diajarkan Islam ini. Petua ini paling mudah dipraktikkan, jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila anda menginjak ke usia emas.

1) Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun tidur pada waktu pagi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru telan.
Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Nabi Muhammad SAW, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

2) Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.
Urutan perlu dimulakan daripada bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas ke bawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut.

3) Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan membaca surah itu ketika curahan air yang pertama, ia perlu bermula pada kepala. Jika mandi menggunakan shower, bacalah ketika air menyentuh kepala.

4) Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk sahaja.
Amalan ini perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Insya-Allah, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

5) Setiap kali anda berhias di hadapan cermin, bacalah doa dan selawat di kedua tapak tangan kemudian sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Ia perlu diamalkan setiap pagi. Doanya begini:
'Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah menantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka'

6) Paling penting jangan tinggal solat.
Solat perkara yang diwajibkan dalam Islam, air wuduk yang disapu pada wajah lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA SUDAH SAMPAI WAKTUNYA UNTUK PULANG

Ketika ada kesempatan, pergilah bersama teman2 lama. Berkumpul bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah Persaudaraan
Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.
Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.
Umur itu Seperti air batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.
Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan Akhirnya kembali kehadrat ILLAHI.
Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal.. Jalani hidup ini dengan ceria,  sabar dan santai.
Jangan suka mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.
Jangan buang sahabat cuma kerana tak sepakat
Satu keburukan teman, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.
Perbanyakkanlah waktu untuk berkumpul dengan teman2 dan saudara mara kita.
Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.
Buanglah jauh2 sifat ego dan iri hati
Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
Bertemanlah dengan apa seadanya, bukan kerana ada apa2 muslihat dan kepentingan.
Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan teman kita.
Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia menangis.
Tepuk tangan dan gembira ketika dia berjaya. Sebut namanya dalam doa kita.
Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersama mu.
Teruslah  bersahabat sampai Allah berkata.. sudah sampai waktunya untuk kamu pulang.

Sekali lagi makan di Nurul Ikan bakar Special di Sungai Petani

 Ni kali kedua aku terjah makan di restoran Nurul Ikkan Bakar Special di Sungai Petani, Kedah. Kali pertama boleh tengok posting aku yang lepas pasal Nurul Ikan Bakar Special Sungai Petani ni.

Restoran Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani
Restoran Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani 

Memang tidak mengecewakan makan di sini. Ada satu lagi Restoran Nurul Ikan Bakar Special yang terletak di Kulim Kedah yang belum pernah aku terjah.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sayur cendawan tiram
sayur cendawan tiram

telur bistik
telur bistik

Ikan Jenahak Bakar
Ikan Jenahak Bakar

tomyam campur
tomyam campur

air orange satu jug
air orange satu jug
Lokasi Nurul Ikan bakar Sungai Petani adalah seperti berikut:

GPS Koordinat : 5°39'21.7"N 100°27'55.9"E atau 5.656013, 100.465529