Jom makan cendol di BM Best Cendol, Bukit Mertajam

BM Best Cendol, Bukit Mertajam
BM Best Cendol, Bukit Mertajam Pulau Pinang merupakan salah satu tempat untuk korang singgah jika korang berada di sekitar Bukit Mertajam. Cendol ni memang terbaik dan menjadi tumpuan peminat-peminat cendol. BM Best Cendol ni terletak di Jalan Danby. Bila Korang masuk je ke Jalan Danby ni, korang akan nampak signboard besar GERAI JALAN DANBY. Dekat situ la ada BM Best Cendol, gerai yang paling depan sekali. Gerai dicelah-celah bangunan, tapi dah siap berbumbung la.
Di sini ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang, cendol biasa. Sejukkan tekak dengan cendol waktu musim panas memang terasa kenikmatan. Selain cendol di BM Best Cendol ni, ada juga menu makanan yang goreng-goreng, nasi bihun, koay teow. Tapi biasanya orang akan order cendol dulu la kan. Penat-penat cari BM Best Cendol, tetiba dah sampai tak order cendol...tak tercapai objektif..hihihihihi.
menu utama cendol dan senarai menu makanan BM Best Cendol

Cendol pulut
aku order semangkuk cendol pulut. Memang sedap dan terbaik lah. Pulut pun lembut je. Santan pun ok. Part yang paling penting dalam cendol ni, tahap kepekatan santan. Kalau santan ok, yang lain akan ok.
Kepada yang tak biasa dengan jalan-jalan di Bukit Mertajam ni, korang boleh guna gps koordinat yang aku dah sediakan di bawah. Jalan di Bukit Mertajam ni kebanyakkannya jalan sehala. Lagi satu parking masalah sikit la, ikut nasib korang la...kalau nasib baik dapat parking dekat dengan BM Best Cendol ni.
gps koordinat BM Best Cendol : 5°21'48.9"N 100°27'40.5"E

Warung sarapan pagi tepi masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam

Warung sarapan pagi masjid Kubang Semang
Kubang Semang, Bukit Mertajam, berhampiran dengan masjid Kubang Semang, terdapat satu warung untuk sarapan pagi. Kedudukan warung ini juga betul-betul di simpang tiga traffic light dan bertentangan dengan warung ni juga adalah stesen minyak petron.
bersebelahan dengan masjid Kubang Semang, bertentangan stesen minyak petron
Sesetengah orang panggil warung ni sebagai warung nasi kandar masjid Kubang Semang. Sebabnya selain makanan untuk sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak dan kuih muih, terdapat juga satu section dalam warung ni yang menyediakan menu nasi kandar. Nasi kandar ni, pagi-pagi pun dah ada. Dalam pemerhatian aku, ramai juga yang datang untuk bersarapan di sini. Parking boleh parking di masjid ataupun dekat petron. Aku tak pasti parking yang tempat lain. Aku parking di masjid je senang.
nasi kandar masjid kubang semang

roti canai dan nasi lemak bungkus

aneka kuih muih
Lokasi warung ni, selain dari yang aku dah explain di atas, korang juga boleh cari warung ni dengan menggunakan gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°23'59.7"N 100°27'51.4"E

Makan Mee Udang di Restoran Terapung TT Merdeka, Tikam Batu, Kedah

signboard arah jalan restoran terapung TT merdeka dari jambatan merdeka
 Jambatan Merdeka di Tikam Batu, Kedah ni adalah sempadan negeri kedah dan Pulau Pinang. Dekat dengan Jambatan Merdeka ni juga, terdapat restoran terapung atau nama penuh restoran ni adalah Mee Udang Restoran TT Merdeka. Berhampiran dengan Jambatan merdeka tu, korang akan nampak signboard warna merah penunjuk arah lokasi Restoran TT Merdeka ni seperti dalam gambar di atas. 
Mee udang restoran terapung TT merdeka
Korang masuk je ke jalan tu, lebih kurang dalam 200 meter, korang         akan perasan Mee Udang Restoran     Terapung TT Merdeka ni. Korang      akan dapati restoran ni benar-benar terapung di atas sungai menggunakan  pelampung dari tong-tong yang            besar dalam kuantiti yang banyak. Daripada restoran terapung tersebut, kita boleh lihat Jambatan Merdeka nun jauh di sana. Waktu perniagaan restoran ini bermula dari pukul 1 tengahari hingga 12 tengah malam. Jangan datang pada hari Rabu sebab Rabu diorang tutup.


Jambatan Merdeka dari dalam restoran terapung
Berbalik kepada menu utama di restoran terapung ni, yang selalu orang nak order adalah mee udang. Selain mee udang,ada juga megi udang, koay teow udang dan nasi goreng udang. Pencuci mulut, korang boleh cuba rojak tt merdeka.
Mee Udang

Rojak buah
Bagi yang nak mencuba makan mee udang di restoran terapung ni, boleh la datang dengan berpandukan Jambatan Merdeka sebagai guideline. Untuk nak lebih mudah lagi, korang boleh guna gps koordinat dan juga google map seperti di bawah ni.
gps koordinat Mee Udang Restoran Terapung : 5°33'49.6"N 100°25'41.6"E

Sarapan pagi di Hassan Roti Canai, Penaga Pulau Pinang

Hassan Roti Canai, Padang Tembusu, Penaga
Jalan-jalan cari makan diteruskan lagi memcari tempat makan yang menarik dan sempoi-sempoi. Pada kali ni aku berkesempatan untuk bersarapan pagi di Hassan Roti Canai yang terletak di Kampung Baru, Penaga, tepi Jalan Permatang Bendahari. Landmark sangat senang nak cari iaitu betul-betul di simpang tiga yang ada signboard Padang Tembusu seperti dalam gambar di atas.
mungkin 'hassan' sedang beraksi
Anak aku makan bertambah roti canai di sini. Sekeping tak cukup. Total roti canai keseluruhan yang aku order adalah sebanyak 6 keping roti canai kosong dan sekeping roti sardin. Semuanya habis lincin sehingga menjilat jari. Bagi aku roti canai Hassan ni sedap la. Pagi-pagi ramai orang datang bersarapan di sini.
feveret minumam teh tarik

roti sardin

roti canai banjir
 Hassan roti canai ni persinggahan aku sebelum ke Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga untuk nak mencuba beli ikan pakai bisik-bisik. Memang laluan aku untuk ke Pasar Bisik tu, terjumpa Hassan Roti Canai ni, terus singgah le...Lokasi gps dan google map seperti di bawah:
GPS Hassan Roti Canai : 5°32'14.2"N 100°22'47.1"E