Showing posts with label kerabu kerang. Show all posts
Showing posts with label kerabu kerang. Show all posts

RESEPI KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

 

KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA
KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

Bahan-Bahan:
  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Cara Penyediaan:
  • Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. 
  • Angkat dan toskan. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  • Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
#tipsDapur
Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

kredit resepi: Che' Nom

Resepi Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang

Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang
Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang

Bahan-bahannya :
  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang
  • pucuk paku - celur 
  • sedikit belacan-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • 10 biji cili padi- boleh tambahkn @kurangkan-tumbuk
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 sb kerisik
Cara membuatnya :
  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk. gaul hingga sebati.
  • perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati
  • Siap dan bolehlah dihidangkan...
Kredit resepi: tuan empunya resepi

RESEPI KERABU KERANG THAI

kerabu kerang ala thai
kerabu kerang ala thai

Bahan-Bahan:
  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis  
  • 3 tomato dipotong 
  • 1 btg carrot (di potong halus memanjang) 
  • 2 ulas bawang merah hiris nipis 
  • 5  biji cili api - ditumbuk
  • 1 sudu teh serbuk perasa 
Cara-cara Penyediaan:
  • Basuh kerang dan rebus kerang dan 1 sudu kecil garam.
  • Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  • Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  • Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  • Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot daun ketumbar serta gaul hingga sebati.  
  • Siap dan sedia untuk dinikmati.
p/s: masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut selera masing-masing.

Kredit resepi: fia sofia

RESEPI KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG
KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku(celur)
  • taugeh semangkuk (celur)
  • kerang(rebus dulu)
  • 5 @ 6 biji bawang merah kecil
  • 2 sudu besar kerisik
  • cili padi
  • belacan
  • garam
  • pati santan
Caranya:
  • tumbuk @ kisar kering cili padi dengan belacan
  • kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas yang besar
  • masuk kerang kacau-kacau hingga sebati,kemudian masukkan sedikit garam 
  • masukkan pucuk paku dan taugeh yang audah dicelur tadi
  • kacau rata.. masukkan pati santan dalam 2 @ 3 sudu besar
  • kalau apa yang kurang boleh tambah ikut selera masing-masing