Resepi Mee Kari Simple

 

Mee Kari Simple
Mee Kari Simple

Bahan:
  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering 
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
  • bahan hiasan:-
  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Limau kasturi
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  • masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  • Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
  • Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
  • tunggu sampai mendidih... siap.... 
  • boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... 
Kredit Resepi: are peace dan Anisza mohd Shukri

No comments:

Post a Comment