Jom makan ikan bakar di Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Port makan malam sempoi di Sungai Dua, Pulau Pinang ni, korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar 'Citarasa Sebenar Kuala Perlis'. Korang boleh pilih sendiri ikan-ikan segar untuk dijadikan hidangan.

Aku first time datang sini untuk makan malam... ingatkan biashe-biashe jer, rupanya sedapnya luar biase!😁... Kat bawah ni adalah menu yang aku order untuk makan malam aku...

siakap ikan bakar
siakap ikan bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sambal belacan padu!
sambal belacan padu!

kangkung belacan
kangkung belacan

hidangan lengkap makan malam aku
hidangan lengkap makan malam aku
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la cari di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau dari highway dari Seberang Jaya, ambil susur keluar Sungai Dua. Kena u turn sikit. Senang cerita aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5.447461940471587, 100.41785068793051 atau 5°26'51.0"N 100°25'04.3"E

https://maps.app.goo.gl/pb16gnvt6HG7JuWW9

Resepi Ayam ButterMilk

Ayam ButterMilk
Ayam ButterMilk

Bahan-bahannya:
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu.)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)
  • 6 biji cili api hijau  
  • Minyak untuk goreng ayam
Cara-cara:
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  • Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  • Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit-sikit jer.
  • Dan kalau terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  • Dah siap, makan dengan nasi panas-panas.

RESEPI GULAI IKAN TALANG KERING

GULAI IKAN TALANG KERING
GULAI IKAN TALANG KERING 

* Jangan tambah garam kerana Ikan kering dah masin... 

Bahan-bahan:
  • 15 potong/ketul Tulang Ikan Talang Kering (ada isi sikit sikit ya) 
  • 2 biji Terung Bulat(di belah 2 atau 4 bergantung kepada saiz) 
Bahan A (Bahan Tumis) 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 6 ulas bawang putih (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 sudu besar halba campur 
Bahan B (Bahan Rempah)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus) 
  • 3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan babas 
  • 50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas 
  • Santan cair dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka 
Bahan C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan) 
  • 1 biji tomato biji di belah 2 
  • 5 helai daun bawang di kerat panjang 
  • cili hijau besar 2 biji dibelah 2 dan di buang biji 
CARA MEMASAK:
  • Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas 
  • Masukkan Bahan A (bahan tumis) dan kacau jangan biar hangit..masak sampai wangi dan kekuningan 
  • Masukkan Bahan B (bahan-bahan rempah) yang telah di adun dan besar kan api.. 
  • Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak 
  • Masukkan terung. 
  • Step ni terpulang, kalau nak letak santan boleh, tak nak pon boleh. TAPI,Kalau nak pakai santan, cuma letak 1/2 biji saja.(Kalau guna santan lebih, hasil nya x sedap). 
  • Kalau tak letak santan, gantikan dengan 1.5 gelas air biasa..Kacau supaya rempah sebati dengan air 
  • Terus masukkan Tulang Ikan Talang dan Bahan C Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. 
TIPS penting: 
Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur. 
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam (atau kekiri kekanan) 

Resepi Gulai Udang Bersama Petai

 

Gulai Udang Bersama Petai
Gulai Udang Bersama Petai

Bahan-bahannya:
  • 400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
  • 3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
  • 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
  • 8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 2 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • sedikit garam
caranya:
  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
  • Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.
  • santan nye pekat lagi sedap, jangan buat cair sangat kuahnye tu ye
Nota: 
Kalau nak tau udang tu overcooked, isinya akan kecut sedikit dari kulit, dan pastikan kita masak udang tidak terlalu lama, dalam 8 minit lebih kurang, untuk mengekalkan kemanisannye