Restoran Kechik, Mergong, Alor Setar

 

Restoran Kechik, Mergong
Restoran Kechik, Mergong

gerai kechik macam pasar malam
gerai kechik macam pasar malam
Ni tempat makan yang rare sikit. Restoran Kechik ni terletak di Mergong, Alor Setar...Mulanya aku ingatkan pasar malamkat depan restoran kechik ni...rupanya semua gerai tu, tempat makan dia dalam restoran kechik!...Diorang nak buat macam ala-ala food court la..korang boleh order kat gerai-gerai tu, kemudian duduk makan dalam restoran...tapi bila diorang hantar makanan, kena bayar terus kat penghantar makanan tu...
takoyaki
takoyaki

bihun sup utara
bihun sup utara

megi sup
megi sup

nasi goreng daging
nasi goreng daging
Ada banyak makan yang korang boleh makan...roti canai pun ada...tapi aku makan yang gambar-gambar kat atas tu jer kat restoran kechik ni...

Kalau korang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 6°07'47.0"N 100°20'33.5"E atau 6.129709456543455, 100.34262936176813

https://maps.app.goo.gl/krfJUztexMuPFMur8


Santai minum manisan di Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar Kedah

 

Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar

Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee ni dah merata tempat dah ada...bisness si suib sepahtu dah semangkin maju. Aku sampai Alor Setar ni dah petang dalam 4 lebih...tapi masih panas lit-lit...Kebetulan hotel yang aku book ni dekat dengan Kafe Bubblebee ni...jadi sebelum check in, kita check in dulu bubblebee kat sebelah hotel😁😁....Panas lit-lit, pekena bubblebee, memang rasa segar, sejuk perut penuh dengan aiskrim...ditambah dengan madu sarang plak yang ada dalam minuman tu, perghhh...ngam!
ni yang aku order kat bubblebee
ni yang aku order kat bubblebee
Kita layan dulu dalam kafe bubblebee ni sebelum check in hotel...lek arr..hotel sebelah jerπŸ˜…πŸ˜…...

Kepada yang nak datang Kafe Bubblebee ni, boleh rujuk GPS Koordinat dan google map di bawah.

GPS koordinat: 6°07'49.1"N 100°20'33.9"E atau 6.130306392431939, 100.34274752690769

https://maps.app.goo.gl/gvKKgB8Z4nBNTTzs9

Chinese food halal di restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar Kedah

 

Restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar
Restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar

suasana dalam Restoran Bakul Cheh Cha
suasana dalam Restoran Bakul Cheh Cha
Ramai peminat makanan cina (chinese food) dikalangan orang melayu, namun yang halal agak sukar untuk di temui...Tapi kalau korang berapa di Alor Setar dan teringin nak makan chinese food yang halal, aku rekomen untuk korang Restoran Bakul Cheh Cha yang terletak di Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi, Alor Setar, Kedah...

Banyak menu chinese food yang korang boleh makan di sini....pelbagai jenis dimsum, dan lain-lain lah...hahahah..aku bukan kenal sangat makanan cina niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

antara makanan yang aku order
antara makanan yang aku order

koay teow goreng chinese style
koay teow goreng chinese style

sapa tau ni nama dia apa?
sapa tau ni nama dia apa?😁😁😁
So, sebabkan aku sendiri tak kenal apa yang aku makanπŸ˜†πŸ˜†, jadi aku listkan je la apa yang aku makan berdasarkan list makanan dalam bil aku....So apa yang aku makan adalah, char koay teow, cantonese BBQ chicken Bao, Chee Cheong Pan Prawn, Siew Mai, Har Gao, dan Kao Choy Koh..

Kepada yang nak try makan di Bakul Cheh Cha ni boleh la datang ke sini. Sebagai panduan, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6.124831407177734, 100.3617479479764

https://maps.app.goo.gl/99RdGTzNWD7xH9is5

Pasar Terapung JPS Perlis, Kangar Perlis

Pasar Terapung JPS Perlis
Pasar Terapung JPS Perlis

Peniaga menjual di atas sampan terapung
Peniaga menjual di atas sampan terapung
Salah satu tarikan di negeri Perlis adalah Pasar Terapung yang terletak dalam kawasan JPS Perlis di Kangar. Pasar Terapung seolah-olah macam Klonghae flooting market yang teletak di Hatyai, Thailand...Tapi di thailand lagi meriah la...

Walaupun di Perlis dengan di Klonghae adalah pasar terapung, diPerlis sampan adalah replika saja dan tak banyak pun ada di kawsan tasik perlis ni...manakala di Klonghae adalah sampan betul dan ramai peniaga yang berniaga di atas sampan....Nak pergi Hatyai jauh sangat kann....kita layan pasar terapung di Perlis ja laaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

sampan-sampan peniaga pasar terapung
sampan-sampan peniaga pasar terapung

orang ramai membeli di pasar terapung
orang ramai membeli di pasar terapung

lalaun sepanjang pasar terapung
lalaun sepanjang pasar terapung
Selain korang nak membeli dari sampan terapung, ada juga disediakan gerai-gerai di atas darat...jadi takda la semua kena beli di pasar terapung tu....Yang terapung tu just trendmark saja ataupun sebagai tarikan kepada pengunjung.....
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini

ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
Untuk memudahkan orang ramai makan, diorang sediakan satu khemah yang besar dilengkapi dengan kerusi meja untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk menikmati makanan yang di beli di kawasan ni...

Selain tu, di sini juga korang boleh bagi makan ikan, naik kayak, nak bot kayuh, naik traktor train....tapi semua tu kena beli tiket lagi bang...tak free ek...

Oklah, kepada yang nak datang jalan-jalan di sini, boleh la ke JPS Kangar...Dekat depan pintu masuk JPS tu ada jambatan gantung...yang ni korang boleh naik free ja..

Jambatan gantung JPS Kangar
Jambatan gantung JPS Kangar
GPS koordinat Pasar Terapung JPS Kangar: 6°26'07.5"N 100°10'54.4"E atau 6.43541471431209, 100.1817596712145

https://maps.app.goo.gl/QYVW81YER8YkK12NA