Kita layan dulu koay Teow kerang di Pa'E Koay Teow Kerang, Seberang Jaya Pulau Pinang

 

menu di Pa'e Koay Teow Kerang
menu di Pa'e Koay Teow Kerang

Food Court Taman Siakap, Perai
Food Court Taman Siakap, Perai
Makan di gerai Pa'E Koay Teow Kerang dalam food court ni memang padu. Menu di sini gerai ni hampir semuanya adalah koay teow goreng yang di goreang secara Chinese style. Gerai ni buka dari jam 5 hingga ke 9 malam dan tutup pada Jumaat. Kalau korang nak koay teow goreng special, nanti diorang akan letakkan udang dan kerang dalam 1 pinggan. Udang tu dah siap kopek( buang kulit)..tak payah susah-susah nak buat kulit sendiri.
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)

koay teow udang
koay teow udang

koay teow kerang
koay teow kerang
Memang padu..memang sedap! sangat recommended untuk korang try makan di Pa'E Koay Teow Kerang ni...

Food court ni bertentangan dengan masjib seberang jaya dan berdekatan dengan flyover jalan menuju ke arah Taman Sutera. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°23'09.2"N 100°24'08.5"E atau 5.38586596660266, 100.40235089174247

https://maps.app.goo.gl/J975MM2ibxSJhJSf7


Makan murtabak cheese di Restoran Bismie Murtabak Cheese House, Bertam Putra Kepala Batas

 

Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Ada port menarik untuk korang layan murtabak di Bertam Putra, Kepala Batas ni. Murtabak yang sempoi dan padu korang boleh makan di Restoran Bismie Murtabak Cheese. Kira murtabak cheese ni diorang punya signature dish la... kalau korang datang sini wajib try yang ni...
murtabak cheese
murtabak cheese
Murtabak cheese yang penuh cheese di dalam murtabak di cicah pula dengan sirap bawang dan kuah dal....kena sepinggan terus boleh kenyang oooo....Ada banyak variasi murtabak ni yan korang boleh try..kalau taknak makan murtabak, korang boleh makan roti canai...sampai ke malam roti canai kat sini ada jual... Selain murtabak cheese ni, aku try gak makan nasi lemak ayam goreng...nasi lemak pun sedap...sambal padu, nasi pun berlemak....
nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

roti canai
roti canai
Ada banyak lagi menu-menu lagi yang ada di sini...korang boleh la nak try...antara menu-menu di Bismie Murtabak Cheese ni, korang boleh tengok dalam list-list menu lat bawah ni yang sempat aku snap gambar....
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Boleh la korang masukkan dalam wish list makanan korang😁😁... Kepada yang nak try murtabak cheese boleh cari restoran ni di Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°31'11.2"N 100°28'50.4"E atau 5.519764654671835, 100.48068049781497

https://maps.app.goo.gl/etTEAT1vHXxcP2789

Jalan-Jalan di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

 

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Aku pergi Langkawi kalau ikutkan hampir setiap tahun. Tapi ni kali pertama aku masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi ni😅. Sebelum ni macam tak tahu kewujudan Taman Agroteknologi MARDI. Rupanya ada ek di Langkawi... Boleh masuk dan melawat dalam ni...tapi ada dikenakan tiket untuk masuk..bukan free yer😁😁
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
Lepas korang bayar tu, kena tunggu kat tempat menunggu kenderaan untuk korang round satu taman tu...bukan berjalan kaki ye..mau tercabut kaki kalau  nak berjalan...kenderaan tu lori yang diorang modified sikit letak tempat duduk...konon-konon macam jeep safari la😂😂
naik lori ni untuk pusing satu taman
naik lori ni untuk pusing satu taman
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan permandangan pelbagai ladang-ladang buah. Ada beberapa check point perhentian yang korang boleh turun...makan ke ambil gambar ke...ada tempat yang korang boleh makan buah sepuas-puasnya...buah yang dihidangkan adalah buah dari dalam ladang ni sendiri. Kalau musim durian, memang untung la...sebab durian pun korang boleh makan sepuas-puasnya...free jer
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang

tempat makan buah-buah
tempat makan buah-buah
Cuma selain buah, korang kena beli la...buah jer free... Dekat sebelah tempat makan buat ni ada ladang kambing. Korang boleh juga nak bagi kambing tu makan....
bagi makan kambing
bagi makan kambing
Dah kenyang, teruskan perjalanan ke tempat lain pulak....
permandangan ladang buah...luas ladang ni
permandangan ladang buah...luas ladang ni

ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
Selian bagi makan kambing, korang juga boleh bagi makan ikan...ada kolam ikan....tapi air dia keruh sikit...dalam gambar tak berapa nak nampak ikan tu😅..tapi kalau tengok real depan makan, boleh nampak la ikan-ikan yang banyak...
bagi makan ikan dalam kolam
bagi makan ikan dalam kolam
Selain tu korang boleh tengok juga pokok-pokok buah yang rare, yang dalam pasaran memang tak pernah jumpa, tapi masih dipelihara dan di tanam di taman ni...ada juga anak sungai yang jernih dan cantik...
anak sungai yang jernih
anak sungai yang jernih

pokok-pokok hiasan
pokok-pokok hiasan

wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
Selain tu, ladang anggur pun ada di taman agroteknologi Mardi ni...boleh tengok sendiri bagaimana kaedah penanaman anggur...

Maka selesai la aku dan famili pusing satu taman ni..best jugak...lain kali kalau nak repeat lagi, pastikan datang masa musim durian...untung-untung boleh makan durian di sini😁😁

Lokasi Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, boleh rujuk google map dan gps koordinat di bawah ni.

GPS koordinat: 6°21'40.1"N 99°47'33.8"E atau 6.361136979582801, 99.79270897002802

https://maps.app.goo.gl/kPZsz8ufXVna2YVPA


Sarapan pagi roti canai di Warung Roti Canai Penarak, Jalan Inderaloka, Kuah, Langkawi

 

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Aku round di area Kuah, Langkawi pagi-pagi sebab nak cari port sarapan roti canai yang sempoi-sempoi sikit...Cari punya cari, last sekali terjumpa jugak la warung roti canai yang rare jugak la...Warung tu adalah Warung Roti Canai Penarak, di Jalan Inderaloka, Kuah...Tempat ni agak ke terbelakang sikit tempat di dari kawasan tumpuan pelancong..
roti canai tengah di masak...padu ooo
roti canai tengah di masak...padu ooo
Yang menarik di Warung Roti Canai Penarak ni, ada pelbagai menu roti canai selain menu standard roti canai yang kebiasaan kita makan tu...antara roti canai yang rare di sini adalah roti sarang burung special, roti balak, roti teloq gedik, roti leleh, roti gulai, roti kawin.....

Pagi-pagi makan roti canai yang padu ni, di sulam dengan teh tarik...memang ngam la...

roti canai kawin
roti canai kawin

teh tarik
teh tarik

roti canai sarang burung special
roti canai sarang burung special

roti canai banjir
roti canai banjir

roti canai kosong
roti canai kosong
Memang terbaik...korang pun kalau datang melancong ke Langkawi ni boleh la lajak ke Warung Roti Canai Penarak ni....siyressss tak tipu, sedaapp....

Kepada yang nak datang ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°18'26.4"N 99°51'41.1"E atau 6.3073212784373665, 99.86140739798678

https://maps.app.goo.gl/W8eugcrpSJaREkQy8