DONAT LEMBUT GEBU SAMPAI KE MALAM

 

donut
donut

Bahan-bahan :
Bahan A

1 1/2 cawan air suam
1 paket yis kering
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula 
*campurkan bahan-bahan A kat atas ni, kacau sikit dan biarkan kembang.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam - Gula castor untuk salut donat nanti. 
*gaulkan bahan-bahan B jadi macam serbuk roti. 

Cara:
  • Kemudian campurkan bancuhan yis sikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Kalau rasa doh macam lembik jangan risau ye. Nanti dia okey lepas dah mengembang.
  • Biarkan selama 1jam atau sampai mengembang. Bekas adunan tu jangan lupa tutup ye.
  • Bila tengok dah elok naik kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Amik sikit adunan, canai dan terap. Lubang tu tekap dengan penutup botol air mineral je. Hahaha. Kalau korang ada acuan donat lagi senang keje.
  • Standby tepung gandum ye, untuk elakkan melekat kat jari masa nak bentuk dan terap donat tu. Taburkan juga tepung kat tempat susun donat tu.
  • Donat akan kembang sekali lagi lepas dibentuk, so biarkan dalam masa lebih kurang setengah jam macam tu.
  • Lepastu bolehlah digoreng. Make sure jaga api, jangan besar sangat.

Siapppp..boleh tabur gula castor ye๐Ÿ˜‹ *kalau nak buat frozen, goreng sekejap je. Dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.

Selamat berdonat

Jom makan Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar

 

Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar

Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas ni bukan nasi arab ek๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…...... Korang jangan tersilap plak... Sebenarnya ni restoran nasi kandar. Aku pun tak pasti kenapa diorang panggil nasi arab. Restoran ni aku pernah review dalam blog aku ni..boleh rujuk kat SINI posting yang lepas tu.... Masa dulu diorang buka meja tepi-tepi je...tapi sekarang diorang dah blok jalan tu untuk letak lebih banyak meja...tapi waktu malam jer la... Waktu siang diorang tak berniaga kat atas jalan. Siang hari, berniaga dalam kedai..
banyak gak la lauk nasi kandarnya....
banyak gak la lauk nasi kandarnya....
Kena beratur panjang gak la untuk sepinggan nasi pun...Tapi kalau korang dah kemaruk sangat nasi kandar, dua jam pun korang sanggupkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Kira sedap gak la nasi kandar di sini. Recommended untuk korang cuba.
nasi kandar ayam madu, telur masin, kuah kasi campur!
nasi kandar ayam madu, telur masin, kuah kasi campur!
Kalau korang nak datang Nasi Kandar Arab Kepala Batas ni, korang boleh cari landmark HongLeong Bank kat pekan Kepala Batas. Tapi kalau nak senang, korang guna jer GPS koordinat dan google map seperti dibawah:

GPS koordinat: 5°31'01.7"N 100°25'51.7"E atau 5.517147, 100.431038

KELEBIHAN SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat 2 rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari ini, hari Jumaat semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan 

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang hadir di saat ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. "

Setelah imam naik ke mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Jesteru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. 

Wallahualam

Sumber : Jakim.

Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap
Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Bahan-bahan (5-6 hidangan):
  • 1.0-1.5 kg ikan siakap/ tenggiri/ jenahak/ pari/ kembung
  • 3 biji bawang besar/ 12 biji bawang kecil*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit/ 1 sdt serbuk kunyit*
  • 25-30 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 1 sdt lada hitam*
  • 1 sdt ketumbar*
  • ½ sdt jintan manis*
  • ½ sdt jintan putih*
  • 1 sdt halba
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 sdb asam jawa + sedikit air
  • 1L air/ secukupnya
  • Segenggam daun kesum
  • 3 helai daun limau purut
  • Kacang bendi
  • 2-3 biji tomato
  • Garam & gula secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cuci ikan & potong kepada beberapa bahagian.
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak masak. Masukkan halba & serai. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali supaya masakan tahan lebih lama. Masukkan juga gula & garam ketika menumis.
  • Masukkan pula air asam jawa, air, daun kesum, daun limau purut. Biarkan kuah mendidih.
  • Seterusnya, masukkan ikan & kacang bendi. Biarkan seketika sehingga ikan masak.
  • Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
- Dalam resipi ini, saya menggunakan 2 ekor ikan siakap.
- Jika suka, boleh juga masukkan belacan & bunga kantan.