Restoran Kak Tie Nasi Campur di Pekan Kuah, Langkawi

Kalau korang lapar dan nak cari restoran makanan untuk makan tengahari di Langkawi, korang tak perlu risau jika korang berada di area Kuah. Banyak restoran makanan tengahari yang ada di sini. Posting kali ni aku nak share tentang restoran Kak Tie Nasi Campur yang tak kurang hebatnya. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni  betul-betul bertentangan dengan stesen minyak petronas.
Restoran Kak Tie Nasi Campur
Restoran Kak Tie Nasi Campur 

Restoran Kak Tie Nasi Campur
Restoran Kak Tie Nasi Campur 

Aku kalau tengok restoran yang banyak lauk-pauk, masakan untuk juadah tengahari, memang aku suka la... Banyak pilihan masakan yangkita boleh pilih. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni juga ada banyak pilihan lauk pauk untuk korang. Ikan bakar, ayam bakar pun ada.
pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan di Kak Tie Nasi Campur
pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan di Kak Tie Nasi Campur

Banyak sangat lauk, last-last aku ambil ayam goreng jer..hahahaha.. letak kuah pajeri terung sikit, sayur dan ikan bilis sambal bersama kacang. Lepas tu aku try juga keli bakar. Tu je la menu makan tengahari aku di Kak Tie Nasi Campur.
nasi campur aku punya laaaa
nasi campur aku punya laaaa

keli bakar
keli bakar
Lokasi Restoran Kak Tie Nasi Campur ni adalah seperti berikut:
GPS koordinat : 6°19'43.5"N 99°49'30.0"E atau 6.328758, 99.824997

Pasaraya Warisan, Pantai Cenang Langkawi

Jalan-jalan di Pantai Cenang, then terjumpa dengan pasaraya Warisan. Warisan ni terletak di tengah-tengah antara laluan jalan raya sehala. Warisan ni juga menyajikan barangan yang lebih kurang sama dengan tempat-tempat lain di sekitar Langkawi ni.
Pasaraya Warisan Pantai Cenang
Pasaraya Warisan Pantai Cenang
Lagi satu yang menarik, semua barangan adalah duty free. Coklat pun ada di Warisan ni. Boleh survey la harga mana yang murah dengan tempat-tempat lain.
pinggan mangkuk ,periuk belanga...suma ada
pinggan mangkuk ,periuk belanga...suma ada

pinggan mangkuk ,periuk belanga...suma ada
pinggan mangkuk ,periuk belanga...suma ada
Lokasi Pasaraya Warisan, korang boleh cari di Pantai Cenang atau pun korang guna gps koordinat dan google map.

GPS koordinat : 6°17'28.8"N 99°43'37.9"E atau 6.291343, 99.727181

Langkawi Saga, Kuah Langkawi - salah satu tempat shopping di Langkawi

Langkawi Saga di Langkawi ni merupakan salah satu alternatif tempat shopping. Tapi ianya tak se 'popular' HIG or Idaman Suri. Barangan dalam Langkawi Saga ni pun hampir sama dengan tempat-tempat shopping yang lain iaitu kebanyakkannya adalah barangan pinggan mangkuk dan coklat.
Langkawi Saga
Langkawi Saga

Langkawi Saga ni betul-betul bertentangan dengan HIG lama di Pekan Kuah. Jadi, bosan-bosan round dalam HIG, boleh layan pulak di Langkawi Saga.
Pelbagai barangan pinggan mangkuk, periuk
Pelbagai barangan pinggan mangkuk, periuk

Pelbagai pilihan coklat yang sedap-sedap
Pelbagai pilihan coklat yang sedap-sedap

Jadi, kepada kaki shopping, boleh la jadikan Langkawi Saga ni sebagai salah satu tempat shopping korang. Di sini aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Langkawi Saga ni.
GPS Koordinat : 6°19'22.1"N 99°51'05.9"E atau 6.322811, 99.851648

Haji Ismail Group (HIG) nostalgia bangunan lama, Langkawi

Kalau ke Langkawi, mesti semua orang akan tahu Haji Ismail Group (HIG) ni. Tempat shopping coklat, pinggan mangkuk dan cadar. Sekarang HIG dah ada bangunan baru di Kuah jugak. Bangunan komplek HIG yang berkembar HIG hotel yang lebih cantik dah tersusun kemas. 
Namun, bangunan HIG lama tidak ditutup dan ianya beroperasi seperti biasa. Kepada yang terkenang nostalgia lama HIG, boleh la jalan-jalan cuti mata di HIG bangunan lama ni.
HIG, Pekan Kuah Langkawi
HIG, Pekan Kuah Langkawi

Seperti biasa, dalam HIG ni pun jual benda yang sama, cuma terhad la sikit sebab bangunan tak besar compare dengan bangunan komplek HIG yang baru. 
set-set pinggan mangkuk dan barangan dapur yang cantik-cantik
set-set pinggan mangkuk dan barangan dapur yang cantik-cantik

Ada juga sikit bahagian coklat di sini
Ada juga sikit bahagian coklat di sini

Jadi, kepada yang tak tahu kewujudan HIG ni, terutama yang baru first time jejak kaki di Langkawi, boleh la jalan-jalan sini lepas korang dah round kompleks HIG yang besar tu. Aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 6°19'16.6"N 99°50'57.8"E atau 6.321264, 99.849386