Showing posts with label kopitiam. Show all posts
Showing posts with label kopitiam. Show all posts

Jom sarapan pagi di TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas
TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas

TOK BA Kopitiam
TOK BA Kopitiam
Port sarapan pagi di Bertam Kepala Batas, korang boleh try di TOK BA Kopitiam yang terletak di no 33, 11, Persiaran Dagangan, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. TOK BA ni buka dari jam 8 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali hari rabu. Menu-menu dekat sini pun sempoi-sempoi jugak dan yang penting sedap. Ada apa di sini? korang boleh tengok gambar menu kat bawah ni.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu

TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu
Aku pilih menu char koay teow (kering), mee kari, nasi lemak ayam berempah, roti canai signature tok ba, roti bakar kaya butter dan roti bakar telur goyang. Semua sedap-sedap belaka, tapi harga kayangan sikit laaa😬😬😬.... Camna rupa menu yang aku order tu, boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah niπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
roti bakar telur goyang
 roti bakar telur goyang

roti bakar kaya butter
roti bakar kaya butter

mee kari
mee kari

char koay teow
char koay teow

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

roti canai signature tok ba
roti canai signature tok ba
Air pulak aku pilih air chocolate, soya gula merah, kopi jalanan makloom dan 2 teh tarik (ais)...Ada banyak lagi pilihan air yang lain yang korang boleh pilih.
ini lah barisan air yang aku order
ini lah barisan air yang aku order
Ok lah..itu je aku nak habaq kat korang kisah aku di TOK BA Kopitiam niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Jangan lupa cerita kisah korang pulak di sini. Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°30'50.4"N 100°26'55.9"E atau 5.513979056362402, 100.448828


Kopi kaww punya di Mr. Manshor Kopitiam Power, Seremban

Kopi power
Mr. Manshor Kopitiam Power yang beralamat di Lot 717 Jalan Seremban - Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 
Orang datang ke Mr. Manshor Kopitiam Power ni untuk nak minum kopi. Banyak jenis kopi yang ada di sini dan semuanya harga agak mahal dari kedai-kedai biasa. Antara jenis-jenis kopi adalah kopi power (macam dalam gambar), kopi walid, kopi badam, kopi peria, kopi mahkota dewa dan banyak lagi. Semuanya tak kurang daripada 25 jenis kopi termasuk juga teh.
Kopi yang ada minum ni, kopi power, harganya adalah RM8 secawan. Yang paling mahal, kalau tengok dalam menu adalah kopi Double Extra Power yang berharga RM36 secawan. Harga-harga lain boleh rujuk dalam menu dibawah.
Menu kopi Mr. Manshor Kopitiam Power
Boleh la kalau nak rasa kelainan minum kopi. Ikutkan dari Mr. Manshor Kopitiam ni, harga di hotel lagi mahal dari harga yang diorang tawarkan.
bahagian pintu masuk depan restoran

keadaan dalam restoran

ada banyak parking disebelah tepi restoran
Selain minum, korang boleh la juga nak layan makan. Takan minum je kan. Tapi makanan tak banyak sangat menu. Makanan yang ada adalah sup ayam, sup kambing, sup bebola, nasi lemak yam rempah, nasi lemak ayam rendang, mee udang, mee rebus dan mee bandung.
mee bandung

mee rebus
Yang penting secawan kopi power yang aku minum memang terbaik ke'power'annya. Terasa kelainan kopi sebenar.
tinggal sikit lagi nak habis.....
Kepada sesiapa yang nak datang minim di Mr Manshor Kopitiam Power, boleh la datang ke Seremban. Betul-betul bersebelahan jalan besar Jalan Seremban-Kuala Pilah. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat: 2°43'07.1"N 102°00'29.3"E atau 2.718636, 102.008142

Kopitiam Ukir Mall, Alor Setar, Kedah.....paling meletop, tempat terbaik untuk sarapan pagi

Ni kopitiam yang paling besar yang aku pernah pergi...apa taknya...kopitiam ni sekali pandang dah macam tempat food court aka medan selera....macam-macam gerai makanan ada...tapi jangan tersilap, tempat ni ada lah kopitian bukan medan selera...

Kopitiam ukir mall, Alor setar Kedah

senarai harga minuman kopitiam ukir mall (maaf kualiti gambar kurang jelas)

kopitiam ukir mall pandangan sisi kiri