Showing posts with label ikan bawal. Show all posts
Showing posts with label ikan bawal. Show all posts

Resepi Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap
Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Bahan-Bahan:
  • Ikan Bawal Hitam
Bahan A:
  • 4 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 ulas Bawang Besar – dikisar
  • 4 sudu cili kering yang telah dikisar
Bahan B:
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Kicap Manis
  • 2 sudu Kicap Masin
  • 1 asam keping
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Ikan bawal dibersihkan dan dipotong.
  • Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
  • Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.

Resepi ikan bawal stim halia

ikan bawal stim halia
ikan bawal stim halia

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal emas(kelar-kelar supaya bahan meresap masuk dalam ikan)
  • 1 biji bwg merah
  • 1 inci halia
  • Cili merah
  • Cili api
  • 2biji limau
  • Sos cili Mae Pranom
  • 2 batang serai (ketuk)
Cara-cara:
  • Masukkan ikan ke dalam bekas.
  • Taburkan bawang, halia dan cili.
  • Tuangkan sos cili Mae Pranom.
  • Letakkan serai yang dititik bersama hirisan limau di atas ikan.
  • Kukus selama 20 minit

#6 Menu Lunch

Aku nak share pulak lauk ikan bawal masak merah. Aku guna resipi ayam masak merah cuma aku tukar jadi ikan. 



Macam biasa aku akan makan ngan ulam sebab malas nak masak sayur..lagipun bagus apa makan ulam..raw gitu. 

Selamat Makan!



Makan tengahari di restoran ikan bawal Sungai Petani Kedah

Restoran ikan bawal ni, aku pun tak pasti alamat yang betul-betul tu macam mana. Kalau ikutkan alamat di google map, 236F, Gong Silong Tikam Batu, Kmapung Kepla Bukit, 08000 Sungai Petani Kedah. Tapi kalau nak senang guna je gps koordinat yang aku sertakan dalam posting ni, InsyaAllah akan di bawah terus ke restoran ikan bawal sungai petani ni.
restoran ikan bawal Sungai Petani

suasana dalam restoran ikan bawal Sungai Petani
Bila dah sampai, korang akan kompius lagi sebab signboard restoran tu bukan tulis restoran ikan bawal, sebaliknya 'restoran kari bawal sembilang'...hahahaha...korang jangan ke mana-mana sebab sememangnya korang dah sampai di restoran ikan bawal ni...
Disebabkan ada kari sembilang, aku pun nak cuba juga la nak rasa kari sembilang tu. Di samping tu ikan bawal pun aku order juga. Kari sembilang tu aku order untuk 2 orang makan. Bila aku ushar dalam kari tu berapa ekor yang ada, ternyata ada sekor ikan sembilang yang di potong empat. Agak pedas kari ni. Sambal belacan dan ulam-ulam tu standard mesti ada la kalau pergi restoran macam ni, macam kat Wan Zai Bawal Goreng di Bandar Perda, Penang.
kari ikan sembilang

ikan bawal goreng

Ulam-ulaman

sambal belacan
Restoran ni menjadi tumpuan untuk makan tengahari bagi pekerja kerajaan atau swasta pada waktu rehat tengahari. Sekiranya korang berhajat untuk mencuba makan disini, boleh la datang sama ada korang dah tahu tempat ni or kalau tak tahu, boleh guna gps koordinat kat bawah ni.....

5°35'18.8"N 100°28'11.1"E