Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts

Makan nasi arab di Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Jalan-jalan di Bukit Bintang, kalau teringin nak makan makanan arab, ada banyak restoran di sini yang korang boleh pilih. Semua makanan arab di restoran area Bukit Bintang ni sedap-sedap. Restoran pun restoran yang famous dan viral. Tapi yang tak bestnya adalah korang kena hadap dulu beratur panjang, baru boleh dapat makan nasi arab. Korang kena pilih restoran mana yang tak terlalu panjang beratur. So aku pilih untuk makan di restoran Halab Gate. Itu pun aku kena hadap dalam 40 minit beratur, baru boleh masuk ke dalam restoran..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
beratur tunggu giliran nak makan
beratur tunggu giliran nak makan
Penat beratur panjang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang berjemur tengah panas beratur, biar sampai boleh makan nasi arabπŸ˜‚πŸ˜‚...kipidap dongibab!
kunafa
kunafa

teh satu teko
teh satu teko

nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar diaπŸ˜…)

nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
Nasib sedap juga makanan di sini. Nak repeat lagi boleh, tapi kena hadap la beratur panjang. Ni aku datang bukit bintang waktu cuti sekolah. Tak pasti kalau week days biasa, beratur panjang jugak ke.

Kepada yang tengah mencari halab gate ni, boleh rujuk gps koordinat dah goole map di bawah.

GPS koordinat: 3.1474911825540914, 101.71078783526264

https://maps.app.goo.gl/zTh6bM6NaGTt8bKJ9

Friend Fries Bukit Bintang - Homemade fries from fresh potatoes

cheese friend fries
cheese friend friesπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Friend Fries di Bukit Bintang ni pun tempat viral makanan. Siapa saja yang datang ke Bukit Bintang Kuala Lumpur ni, pasti akan cari friend fries ni. Diorang homemade je fries tu... dibuat dari kentang yang segar.....
gerai Friend Fries Bukit Bintang
gerai Friend Fries Bukit Bintang

landmark korang cari 7 ELEVEN
landmark korang cari 7 ELEVEN
Tempat viral, so nak beli kena beratur panjang la...mana-mana tempat viral di Bukit Bintang, macam tu laaaa😎😎😎😎
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
Kalau korang hadir ke Bukit Bintang, jangan lupa singgah di Friend Fries ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474491563259517, 101.71195930005067

https://maps.app.goo.gl/cTqBNcTyLo2Dw1Zb9

Shedazz ayam goreng kunyit (33 food court) - tempat makan tersembunyi di Bukit Bintang, KL

 

tangga ke 33 food court
tangga ke 33 food court

33 food court berada di tingkat 2
33 food court berada di tingkat 2
Kalau korang jalan-jalan di Bukit Bintang, KL nak cari makan yang bajet dan sedap, korang boleh cari Shedazz ayam goreng kunyit. Gerai ni terletak di food court yang agak tersorok dari laluan orang ramai. Nama food court ni adalah 33 food court.

Kalau korang dari main road bukit bintang tu, korang cari public bank. Then korang lalu lorong yang bersebelahan public bank tu hingga tembus ke seberang (jalan short cut). Dah sampai hujung, sebelah kiri korang je 33 food court tu.

ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
So, bila dah jumpa, naik je tangga tu...dalam food court tu ada la beberapa gerai makanan. Tapi nak nak focus gerai Shedazz ayam goreng kunyit.

Port makan ni menjadi tempat makan pekerja-pekerja yang bekerja disekitar Bukit Bintang ni... Maklum la kan, kalau makan hari-hari kat tempat famous di Bukit Bintang ni, mau habis duit gaji guna untuk makan tengahari jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit
ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit

gerai Shedazz ayam goreng kunyit
gerai Shedazz ayam goreng kunyit

Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu simple jer...nasi putih korang boleh pilih sama ada ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit atau sotong goreng kunyit. Tambah sikit sayur kacang panjang dan letak kicap..perghh mantap!πŸ˜‹πŸ˜‹
nasi putih sotong goreng kunyit
nasi putih sotong goreng kunyit

nasi putih daging goreng kunyit
nasi putih daging goreng kunyit

nasi putih ayam goreng kunyit
nasi putih ayam goreng kunyit
Memang padu...masakan simple tapi sedap. Tempat-tempat makanan macam ni ada je di Bukit Bintang kalau pandai cari. Selalu kita aku cari tempat makan yang famous dan viral je kat Bukit Bintang ni. Jadi modal pun kena besar jugak la kan..tempat-tempat macam tu memang mahal.

Untuk makan bajet, sesuai datang ke sini. Sangat recommended! Sebagai panduan untuk korang nak cari Shedazz ayam goreng kunyit ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1477458280559705, 101.71186834578818

https://maps.app.goo.gl/nLJeoFqfCvhyy5CPA


Sejukkan tekak jap dengan aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
Saja jer aku nak cakap aku jalan-jalan dalam Pavilion Bukit Bintang, terjumpa la dengan aiskrim llaollao ni... Ini jer yang mampu aku beli dalam Pavilion ni, yang lain semua mahal-mahalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. Berjalan di luar Pavilion ni panas, so beli la aiskrim ni nak sejukkan tekak jap...
aiskirm llaollao
aiskirm llaollao
Korang bole cari aiskrim ni dala Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

GPS koordinat: 3.1494107645185956, 101.7129297035756

Halab Gate Shawarma & Kebab, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Halab Gate Shawarma @ Kebab
Halab Gate Shawarma @ Kebab
Restoran Halab Gate Shawarma & Kebab ni kecil jer restoran diorang. Pemilik restoran bukan orang malaysia. Restoran Halab Gate ni dimiliki oleh Arabian Middle East Traders Sdn Bhd seperti mana yang tertulis dalam resit bayaran...Lokasi Restoran Halab ni berada di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Kuala Lumpur...Mudah nak datang, sebab tak jauh sangat dengan stesen monorail...LRT pun ada di Bukit Bintang ni.
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab

boleh pilih nak ayam atau daging
boleh pilih nak ayam atau daging
Aku order beef shawarma...take away..makan kat hotel jer..tapi memang padu la shawarma diorang..terasa macam duduk kat arabπŸ˜‚πŸ˜‚....minta maaf tak sempat nak snap gambar shawarma tu, dah habis makan baru teringat nak ambil gambarπŸ˜…πŸ˜…...

Aku sangat recommed untuk korang try shawarma ni...Boleh cari di Bukit Bintang kalau korang berada di Kuala Lumpur tengah jalan-jalan tu, singgah la kejap makan shawarma😁...Aku sertakan GPS koordinat dan google map kat bawah ni sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474339096393997, 101.71076062006115

Lain macam Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari, Bukit Bintang Kuala Lumpur

 

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Nasi Kahwin Hari-Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari. Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah-celah lorong. Kedua-duanya di Bukit Bintang. Gerai lorong dan restoran ni berdekatan jer...Yang restoran ni beralamat di Jalan Beremi, Bukit Bintang, manakala yang di celah-celah lorong tu adalah di lorong Jalan Berangan, juga di Bukit Bintang. Restoran ni sebenarnya di tingkat bawah rumah flat...

kena beratur untuk pilih lauk
kena beratur untuk pilih lauk

makan kat restoran ni selesa la sikit
makan kat restoran ni selesa la sikit
Menu diorang ni berkonsepkan menu kenduri kahwin orang utara. Di sini nasi yang diorang sediakan adalah nasi hujan panas. Pilihan lauk pula adalah masakan ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam, kambing pasamah, gulai ikan termenung dan ayam goreng berempah, serta tidak ketinggalan papadom. Air pun air kenduri standard iaitu air sirap yang disediakan percuma dan boleh refill...
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
Gambar kat atas tu senarai harga setipa menu di sini. Tapi ni tertakluk kepada perubahan la...aku biasanya dalam posting blog aku, jarang nak bagitau harga, sebab harga mungkin berubah berdasarkan ekonomi semasaπŸ˜…πŸ˜…...
nasi kenduri yang aku order
nasi kenduri yang aku order

nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun
nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
Aku boleh cakap semua menu memang padu...terasa macam betul-betul makan kenduri ala kampung belah-beah utara...syahdu oooo...teringat masa kenduri kahwin aku dulu-dulu....
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tapi korang kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa Nasi Kahwin Hari-Hari ni..Diorang buka seawal jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Boleh pilih nak makan di warung celah-celah lorong atau nak makan di restoran..
Bagi memudahkan korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
GPS koordinat: 3°08'51.0"N 101°42'36.2"E atau 3.147506, 101.710057

Makan Nasi Kukus Tonggek di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
nasi kukus tonggek, Bukit Bintang

nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
Dekat Bukit Bintang KL ni, memang tempat yang sering jadi tumpuan orang ramai termasuk para pelancong. Jadi banyak tempat-tempat makan yang menarik yang ada di sini. Kalau nak elak dari kesesakan lalulintas, korang boleh ke sini dengan train...KL ni mudah kalau nak berjalan-jalan dengan train berbanding kalau nak drive sendiri.

Restoran Nasi Kukus Tonggek ni berdekatan je dengan stesen MRT...di sebabkan masa aku sampai sini, hujan lebat, jadi aku cari makan yang dekat-dekat dengan stesen train ni je la....Nasi Kukus Tonggek ni pun nampak cam best jer...dan rare sikit dari yang lain...so aku decide nak try la nasi kukus tonggek ni...

senarai menu di nasi kukus tonggek
senarai menu di nasi kukus tonggek

selain nasi kukus tonggek, ada jugak kopi tonggek!
selain nasi kukus tonggek, ada jugak kopi tonggek!πŸ˜…
Aku nak try makan nasi kukus tonggek ayam...cara presentation nasi tonggek ni pun agak rare gak...nasi diletakkan dalam bekas yang macam tin susu, kemudian di siram dengan kuah kari diatas nasi..dan last sekali di cucuk-cucuk dengan ayam di atas bekas tersebut...kalau nak makan, kena keluarkan semuanya dulu dari bekas tu....
ni nasi tambah...bentuk love uollss
ni nasi tambah...bentuk love uollss

set nasi kukus tonggek ayam
set nasi kukus tonggek ayam
Aku order 2 set nasi kukus tonggek ni dengan 2 nasi tambah....
jom makannnnn!!!
jom makannnnn!!!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Kalau korang nak makan Nasi Kukus Tonggek ni, boleh la cari di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi Nasi Kukus Tonggek ni adalah seperti di bawah. (berdekatan dengan LOT10)

GPS koordinat: 3°08'46.1"N 101°42'42.0"E atau 3.146135, 101.711667

Teringin nak makan daging wagyu, dapat makan wagyu skewer depan Lot 10 Bukit Bintang pun dah nikmat!

 

Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

kiosk yang jual wagyu skewer
kiosk yang jual wagyu skewer
Lama dah teringin nak makan daging wagyu, tapi jenis daging menang mahal la...daging premium yang rakyat marhein macam aku ni telan air liur je la bila tengok daging wagyu ni...Tapi bila jalan-jalan dekat Bukit Bintang ni, betul-betul depan pintu masuk Lot 10, ada kiosk yang jual wagyu ni dalam bentuk wagyu skewer. Yang penting ada sijil sembelihan halal...maklum la daging ni asal Jepun.
sijil sembelihan halal
sijil sembelihan halal

poster berkenaan wagyu skewer ni
poster berkenaan wagyu skewer ni
Kalau nak beli ni, mula-mula sekali korang kena bayar dulu..kalau nak satu, harga Rm16...kalau beli 2 harga RM30...so, aku beli 2...bayar di sweet potato factory, sebelah je dengan kiosk wagyu tu...
Bayar dulu disini
Bayar dulu disini
Lepas dah bayar, akan dapat no giliran...korang tunggu jer depan kiosk tu...nanti bila no korang dipanggil, terus gi ambil wagyu skewer korang tu...
ni la 2 ketul wagyu skewer yang aku beli
ni la 2 ketul wagyu skewer yang aku beli

wagyu skewer sedang di masak
wagyu skewer sedang di masak
Memang padu la daging wagyu ni...Daging wagyu yang diorang guna ni jenis A5 premium wagyu. Ni kira first la aku makan daging wagyu ni...Lepas ni kalau nak makan lagi kena kumpul duit laπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†... Sebagai panduan korang nak cari wagyu skewer ni, aku sertakan GPS koordinat dah google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.1469269090333696, 101.71185510106001


Manisan Timur Tengah, Kunafa di Kunafa Crisp, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kunafa Crisp, Bukit Bintang
Kunafa Crisp, Bukit Bintang

boleh beli take away, boleh juga makan di situ
boleh beli take away, boleh juga makan di situ
Kunafa Crisp ni terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kunafa Crisp di berjiran jer dengan Damascus yang famous tu...Kiranya lepas melantak Shawarma di Damascus, boleh melantak pula kunafaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....

Kalau korang nak tahu, kunafa merupakan pencuci mulut tradisional dari Timur Tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang. Sekarang ni ramai dah rakyat malaysia yang dah mampu untuk mengerjakan umrah. Sesiapa yang pernah pergi umrah pasti akan tahu kunafa ni...Aku pun tahu kunafa ni asbab pergi umrah la jugakπŸ˜…....

ini la manisan yang dikatakan 'kunafa' tu
ini la manisan yang dikatakan 'kunafa' tu

packaging pun cantik..pakai kotak jenama sendiri
packaging pun cantik..pakai kotak jenama sendiri

tengah masak kunafa
tengah masak kunafa
Rasa kunafa ni memang padu la....sangat sedap...teringat masa pergi buat umrah dulu....mengamit kenangan sungguh!

Sangat recommend untuk korang try makan kunafa ni....Boleh cari di Bukit Bintang. Bagi yang first time nak datang sini, aku sunggest korang naik train jer...Turun di stesen dekat Bukit Bintang, senang tak payah nak hadap jem dan susah nak cari parking.

Di sini juga aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang nak ke sini.

GPS koordinat: 3.1474080481766764, 101.71129623160444