ORANG BAIK

 Orang baik tidak akan berhenti berbuat baik, meskipun kebaikannya tidak dihargai. Sebab yang dia cari bukan balasan dari manusia tetapi balasan dari Allah ﷻ.

Orang baik selalu peduli terhadap sesamanya. Meskipun banyak orang yang tidak senang dengan apa yang dia lakukan.

Orang baik selalu mendahulukan kepentingan orang lain berbanding kepentingannya sendiri. Hal ini kerana dia yakin dengan membantu orang lain, Allah akan memberikan pahala yang berlimpah.

Orang baik itu tetap baik, meskipun tidak terlihat oleh mata manusia. Sebab dia yakin bahawa Allah menilainya dengan pahala, menggugurkan dosa-dosanya dan memberinya ampunan melalui kebaikan yang dia lakukan.

Orang baik akan terus berbuat baik, kerana dia berbuat kebaikan bukan untuk dinilai oleh manusia, melainkan hanya mengharap redha dan kasih sayang Allah semata-mata.

Orang baik selalu menyenangkan ketika dia hadir di tengah-tengah manusia. Jika dia pergi, manusia pun merindukannya. Jika dia datang kembali, manusia merasa gembira dan bahagia.

Oleh itu, jadilah orang baik. Walaupun tidak semua orang menganggap kita baik, bukan penilaian manusia yang kita harapkan tetapi penilaian Allah ﷻ.

Allah ﷻ berfirman:

فَاٰتٰىهُمُ اللّٰهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْاٰخِرَةِ ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ.

"Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."

(Surah Ali 'Imran: 148)

Restoran Nelayan Kitchen, Persint 8, Putrajaya

Restoran Nelayan Kitchen
Restoran Nelayan Kitchen

Restoran Nelayan Kitchen
Restoran Nelayan Kitchen
Restoran Nelayan ni terletak/beralamat di C1-G-5, Kompleks Perniagaan 8C1 (Ayer@8), Jalan P8G1, Presint 8, Putrajaya. Di Restoran Nelayan Kitchen ni menyediakan menu dalam dua bentuk pilihan iaitu sama ada secara menu set ataupun secara ala carte.

Antara menu set adalah set menu NK's Premium, Patin tempoyah temerloh, Kari Kepala Ikan Bentong, Tomyam, Chinese Muslim, Ikan Merah, Moghul Briyani Talam, dan Royal Couple. Dalam setiap set tersebut ada menu-menu menarik yang disediakan.

Manakala bagi menu ala carte pun, antara menu yang ada adalah Patin Tempoyak Sungai Pahang, Kari Kepala Ikan, Tomyam & sup, masakan panas, claypot beriani, nasi lemak, nasi bunga telang, goreng-goreng, western serta dessert dan minuman...

Berikut adalah disertakan senarai set menu dan ala carte.......

set menu meal
set menu meal

menu set, set makanan menarik setiap set
menu set, set makanan menarik setiap set

menu set, set makanan menarik setiap set
menu set, set makanan menarik setiap set

menu set, set makanan menarik setiap set
menu set, set makanan menarik setiap set

list set menu restoran Nelayan Kitchen
list set menu restoran Nelayan Kitchen
Harga pun boleh tahan jugak la menu set ni..😁😁😁....taknak set, boleh lari ke menu ala carte seprti di bawah.
ala carte menu
ala carte menu

ala carte menu
ala carte menu

ala carte menu
ala carte menu

ala carte menu
ala carte menu

ala carte menu
ala carte menu

ala carte menu
ala carte menu

list tajuk ala carte menu
list tajuk ala carte menu
Daripada menu-menu di atas tu, aku order siakap tiga rasa, Patin tempoyak, taugeh ikan masin, nasi putih ssatu mangkuk, air kosong satu jug.....
taugeh ikan masin
taugeh ikan masin

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

semangkuk nasi putih
semangkuk nasi putih

patin tempoyak
patin tempoyak
Dari segi kesedapan, mengikut menu yang aku order tu, ternyata ianya memang sedap dan padu....Sangat recommeded untuk korang nak datang dan makan sendiri di Restoran Nelayan Kitchen. Di sertakan di sini koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2.9247109016576296, 101.6813628705975

RESEPI MEE KUAH UDANG

MEE KUAH UDANG
MEE KUAH UDANG

BAHAN-BAHAN:
  • kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
  • bawang 2 biji
  • bawang putih 4 ulas
  • cabai blend 3-4 sudu
  • tomato soup 6 sudu
  • mushroom seasoning
  • sayur sawi
  • udang kertas laut
  • mee sepeket
  • fish cake 
  • telur ayam rebus sehingga masak
  • daun bawang
  • cabai hidup
CARA-CARA:
  • tumis bawang besar/putih/cabai blend
  • dah pecah minyak masukkan air
  • blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut suka nak cair ke pekat
  • masukkan tomato soup tadi
  • masukkan udang
  • masukkan sayur sawi
  • garam, penambah periksa sikit
  • masukkan mee..
  • ok settle boleh makan dah.
Kredit resepi: Muhamad Ismail Mohd Ali

Banyak jenis bunga-bunga cantik di Royal Floria Putrajaya

Royal Floria Putrajaya
Royal Floria Putrajaya
Royal Floria Putrajaya di Presint 4, Putrajaya. Anjung Floria kini telah ditransformasi sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. 
bersebelahan dengan tasik putrajaya
bersebelahan dengan tasik putrajaya
Sambil jalan-jalan di Royal Floria Putrajaya ni, boleh santai-santai di tepi tasik. Korang juga dibenarkan memancing di tasik ni...tapi perlu ditempat yang dibenarkan sahaja. 

Di sini terdapat banyak jenis bunga...setiap sudut ditanam dengan bunga-bunga. Sebenarnya aku pun tak tahu nama-nama bunga, jadi setiap gambar kat bawah ni, aku tak namakan bunga tu, sebab aku sendiri pun taktau😂😂😂

bunga 1

bunga 2

bunga 4

bunga 5

bunga 6

bunga 7

bunga 8

bunga 9

ni bunga matahari kot
ni bunga matahari kot

bunga-bungaan
bunga-bungaan
Boleh la datang sini santai-santai bersama famili...Disertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke sini.
 GPS koordinat: 2°54'46.2"N 101°40'44.1"E atau 2.912837, 101.678917