Makan malam di restoran Saji, Kuah Langkawi

Restoran Saji, Kuah Langkawi

antara ruang makan restoran Saji
Restoran Saji ni terletak di Kuah, Langkawi. Dan restoran Saji ni juga terletak di Jeti Kuah di Pekan Rabu. Kalau korang jumpa Jeti ni, pasti korang akan jumpa la restoran saji ni. Alah Jeti tu tempat orang nak pergi hopping Island kalau nak naik dari Kuah.
Restoran ni ada steamboat, ada western, ada seafood.....ada juga goreng-goreng yang biasa-biasa tu.
Disebabkan ianya kat Jeti, maka sebelah restoran ni adalah laut. Kalau ambil port makan meja yang dekat dengan laut, boleh la layan view laut.
Ada gak la sikit kelainan yang makanan yang goreng-goreng tu. Macam signature dish diorang la kot. So, aku try la nasi goreng Aji dan nasi bujang senang.
Nasi Goreng Aji

Nasi Bujang Senang

nasi goreng kampung

spaghetti carbonara
Menu yang lain, korang boleh rujuk senarai menu seperti dalam buku menu di bawah ni:
nasi goreng

antara menu makanan yang ada
Kepada yang nak cuba makan di restoran Saji di Kuah Langkawi ni, boleh la datang ke sini dan kepada yang masih blur lokasi restoran Saji ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan.
gps koordinat : 6°18'57.4"N 99°51'02.9"E atau 6.315941, 99.850813

Makan tengahari di Medan Selera HIG, Kuah Langkawi

Medan Selera HIG
Meriah sungguh makan tengahari di medan selera HIG ni. Ramai orang datang dan banyak pilihan makanan. Sebelum ni aku pernah datang untuk sarapan di sini waktu pagi. Kali ni, kita terjah pulak waktu tengahari. Cakap saja nak makan apa, kebanyakkannya ada di sini. Nak makan pasembur/cucu udang pun ada.....
pilih mana yang suka

pasembur
nak makan otak-otak pun adoooo..... makanan Johor di Langkawi. Otak-otak ni pun aku try makan gak. Boleh tahan rasanya...korang boleh la nak cuba.
kiosk otak-otak JB

otak-otak
Yang lain-lain yang aku makan di medan selera HIG ni, aku share la kat korang macam dalam gambar-gambar di bawah ni. Banyak lagi makanan lagi. Ikut selera tekat korang la........
western food (lupa laaaa nama menu ni)

bihun sup yang memang terbaik sedap (gerai paling hujung)

nasi goreng biasa

nasi goreng kampung
Lepas isi perut, dah kenyang.....korang kena masuk tempat ekon. Panas sikit kat medan selera tu. Depan medan selera HIG ni, adalah komplek HIG a.k.a tempat idaman semua wanita a.k.a tempat shopping. Masuk dalam tu sejuk la sikit kan...sambil-sambil shopping coklat..
gps medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E atau 6.325188, 99.848781

Sarapan pagi di HIG Hotel Langkawi

HIG Hotel Langkawi

Cafe HIG Hotel Langkawi
Sarapan di HIG Hotel pun cam best gak. Banyak gak makanan yang sedap-sedap. Alang-alang dah bermalam di hotel ni, ambil terus sekali breakfast pakej... Senang tak payah nak cari kedai lain...Pas sarapan boleh terus ke komplek HIG kat sebelah untuk shopping coklat.
makanan yang berat sikit area ni

roti

omlet

nasi minyak

antara kuih yang ada
Itu saja la nak bagitau kat korang. Gambar-gambar yang aku snap tu hanya sebahagian kecil saja makanan di situ. Ada banyak lagi yang ada dan sedap-sedap belaka. Aku sertakan lokasi HIG hotel Langkawi ni beserta gps koordinat.
gps koordinat : 6°19'32.2"N 99°50'57.0"E atau 6.325597, 99.849155

Makam Mahsuri, Langkawi

Kota Mahsuri (pintu masuk utama)

Makam Mahsuri
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. 

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Mahsuri dibunuh!
KISAH LAGENDA PEMBUNUHAN MAHSURI
Mahsuri ditambat dipokok untuk beberapa hari dalam hujan panas, namum Wan Darus suaminya yang keluar berperang di Kuala Kedah tidak juga balik. Sekalipun banyak pihak yang cuba menghalang dengan berbagai tawaran dan alasan, Dato' Seri Pekerma Jaya yang terkenal berpendirian tegas terus memberi arahan supaya Mahsuri disula sampai mati. Darah Mahsuri yang putih menimbulkan tanda tanya orang beranggapan dia sebenarnya menjadi fitnah korban.Sumpah Mahsuri Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan seakan menjadi kenyataan.
telaga Mahsuri



pandangan dalam telaga Mahsuri 
TELAGA MAHSURI

Dikatakan telaga Mahsuri ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Jikalau membasuh muka dengan air telaga ini, boleh menjadi awet muda seperti Mahsuri yang dikatakan sangat jelita pada zamannya. Ditelaga inilah Mahsuri selalu bermandi manda serta membasuh pakaian milik beliau. 

Air telaga ini juga dikatakan lebih sejuk berbanding telaga biasa yang terdapat disekitar Pulau Langkawi. Menurut penduduk ttempatan, dikatakan telaga ini tidak pernah kering walaupun pada masa musim kemarau. Khasiat air telaga ini juga dikatakan mampu memulihkan penyakit kulit dengan izin Nya.
Perkampungan Kedah

rumah kedah
Kepada yang merancang untuk datang ke melawat ke Makam lagenda Mahsuri, disertakan di sini google map dan gps koordinat sebagai rujukan dan panduan semua.
gps koordinat : 6°20'25.6"N 99°47'12.9"E atau 6.340442, 99.786902