Showing posts with label sotong celup tepung. Show all posts
Showing posts with label sotong celup tepung. Show all posts

Makan Celup Tepung di Warung Adik Beradik, Kuala Terengganu

Warung Adik Beradik Celup Tepung
Warung Adik Beradik Celup Tepung
Kalau pergi Terengganu, korang wajib try makan celup tepung diorang. Tak kira la sama ada ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup sotong, ketam celup tepung dan sebagainya. Sebenarnya asal aku nak makan celup tepung ni di Warung Pok Nong. Warung Pok Nong di dekat jer dengan Warung Adik Beradik ni...macam seberang jalan jer..tapi kena jalan kaki la sikit ke depan. Tapi warung Pok Nong ni ramai gila orang...beratur panjang plak tu...so aku decide pergi warung Adik Beradik ni je la. Walaupun warung Adik Beradik ni pun ramai orang tapi tak seramai dengan di Warung Pok Nong. Nasib aku dan pernah makan dah di Warung Pok Nong ni...takde la kempunan sangatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Boleh tengok posting berkenaan Warung Pok Nong ni kat SINI.
kena beratur nak ambik celup tepung ni..banyak pilihan
kena beratur nak ambik celup tepung ni..banyak pilihan

warung Adik Beradik ni bersebelahan dengan laut..ada pantai
warung Adik Beradik ni bersebelahan dengan laut..ada pantai
Kat Warung Adik Beradik ni, aku ambil ikan celup tepung, udang celup tepung dan sotong celup tepung jer. Tapi mantap gak la celup tepung kat sini...sedapπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.. Sambail makan, sambil kena angin sepoi-sepoi bahasa dari laut..syahdu...
ikan, sotong, udang celup tepung
ikan, sotong, udang celup tepung

udang celup tepung
udang celup tepung

ikan celup tepung
ikan celup tepung

sotong celup tepung
sotong celup tepung
Memang terbaik celup tepung di sini. Alamat Warung Adik Beradik ni kalau korang nak datang adalah Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak datang sini.

GPS koordinat: 5°25'44.3"N 103°04'17.9"E atau 5.428957, 103.071648

Resepi Sotong Celup Tepung

Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung

Bahan-bahan:
  • 1 kg sotong
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung bestari pedas 
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1 biji telur
Cara-cara:
Satukan kesemua tepung,celup sotong ke dalam telur.. Kemudian golek sotong dalam tepung dan goreng ke dalam minyak yang panas. Api biar sederhana..Goreng sehingga garing. Tips untuk elakkan sotong meletup semasa menggoreng.. Rendam sotong dalam cuka makan, Selain untuk elakkan sotong meletup ia jugak untuk hilangkan hanyir sotong. 

Kredit resepi : Zurilawati Azmiy

Makan Ikan/Sotong/Udang Celup Tepung di Warung Pok Nong, Kuala Terengganu

Warung Pok Nong, Kuala Terengganu


Warung Pok Nong di Kuala Terengganu memang selalu menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung terutamanya dari luar Kuala Terengganu untuk menikmati makanan laut celup tepung seperti sotong celup tepung, udang celup tepung dan ikan celup tepung.
Kedudukan Warung Pok Nong yang strategik dan berhadapan dengan laut menjadi nilai tambah kepada ramainya pengunjung ke sini, di samping tempat parking juga disediakan.
Alamat lengkap Warung Pok Nong adalah seperti berikut : 
Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Warung Pok Nong Bertentangan dengan laut
Buka setiap hari kecuali hari Selasa, bermula dari pukul 3.30 petang hingga ke 8 malam. Manusia sentiasa penuh dalam warung Pok Nong ni, lagi-lagi waktu cuti hujung minggu atau cuti umum. Dah sampai tu, cepat-cepat beratur. Sebabnya nak ambil seafood celup tepung layan diri. Lambat beratur nanti habis...kena tunggu next batch plak (tengah goreng).
Sotong celup tepung

udang celup tepung

ikan celup tepung
Perghhhhh!!! memang padu! jarang tak padu, terutamanya sotong celup tepung. Sotong yang besar, ranggup dan menyelerakan... Begitu juga dengan ikan dan udang...rasa fresh dari laut. Kalau datang ke Kuala Terengganu, korang wajib datang sini. Recommended.
Beratur, layan diri untuk ambil seafood celup tepung

pandangan dari sudut dalam Warung Pok Nong
Kepada yang nak datang ke Warung Pok Nong ni, aku memang rekomen. Sedap. Padu. Terbaik. Aku sertakan untuk korang gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°25'40.4"N 103°04'22.6"E atau 5.427897, 103.072930