Showing posts with label mee sizzling. Show all posts
Showing posts with label mee sizzling. Show all posts

Resepi Sizzling Yee Mee

 

Sizzling Yee Mee
Sizzling Yee Mee

Bahan Tumis:
  • 5 ulas Bawang Putih *ketuk
  • 2 inci Halia *hiris
  • 10 tangkai Cili Kering *potong

Bahan Lain:
  • Isi Ayam *potong kecil
  • 4 sdb Sos Tiram
  • 4 sdb Kicap Cair
  • 1 sdk Minyak Bijan
  • 1 ketul kecik Gula Melaka
  • 4 cwn Air
  • 1 sdb Lada Hitam *tumbuk
  • 1 mangkuk Cendawan Shitake
  • 1 kiub Ayam
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 4 sdb Tepung Jagung *bancuh air
  • Garam, Gula *jika perlu
  • Sawi
  • Telur
Cara:
  • Tumis Bahan Tumis *naik bau
  • Masuk Isi Ayam *biar sebentar
  • Masukkan Sos Tiram + Kicap Cair + Minyak Bijan + Air *biar mendidih
  • Masuk Shitake
  • Masukkan Lada Hitam + Gula Melaka *biar sebati
  • Masuk Air Asam Jawa
  • Masukkan Bancuhan Tepung Jagung
Nota:
Panaskan Hot Plate @ Non Stik Pan
Masuk Yee Mee
Letak Sawi
Tuang Kuah Sizzling
Pecah Telur
Biar Telur & Mee masak sebentar

Kredit resepi: Junaidah Abdullah

Resepi mee sizzling

Mee sizzling
Mee sizzling 

Bahan:
  • 6 keping halia (dihiris nipis)
  • 7 ulas bwg putih (dihiris)
  • 7 tangkai cili kering digunting kasar (1tangkai gunting 3 bahagian)
  • 6 ketul ayam di potong kecil
  • dry mashrooms 1 paket potong kasar 1 biji potong 4 bahagian (rendam dalam air panas selama 1 jam)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 8 sudu besar kicap soya pekat lemak manis
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula
  • 4 sudu besar tepung jagung yang di bancuh dengan air biasa jangan air panas.
  • yee mee (di celur)
  • sayur sawi (di celur sekejap sahaja)
  • telur (goreng separuh masak)
  • cabai potong (letak sos ikan dan sedikit kicap kipas)
cara masak:
  • tumis bawang putih halia cili kering sampai wangi.
  • masukkan ayam goreng sebentar sehingga ayam agak masak dan empuk.
  • masukkan 6 cawan air (kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air)
  • masukkan cendawan.
  • masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam.
  • biarkan mendidih dan ayam masak masukkan sedikit gula.
  • setelah masak masukkan air tepung jagung siapp... 
Kredit resepi: Anna Rozza

Resepi Mee Sizzling

 

Mee Sizzling
Mee Sizzling

Bahan-bahan:
  • 2 gulung yee mee
  • Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
  • 3 inci halia (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
  • 4 sb Kicap pekat
  • 4 sb Sos tiram
  • 3 cawan air
  • 2 bj Telur
  • 1 sb tepung jagung
  • Serbuk Lada Hitam
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
  4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
  5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
  6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
  7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.