Showing posts with label lebatkan rambut. Show all posts
Showing posts with label lebatkan rambut. Show all posts

Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur

Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa style rambut yang kita mahu. Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, style rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi bagaimana pula dengan perempuan yang berambut jarang? Mereka pasti pernah ada keinginan untuk melebatkan rambut mereka semula kan.

KACANG HIJAU
  • Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.
  • Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.
  • Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.
  • Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.

DAUN PANDAN
  • Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.
  • Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.
  • Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.
  • Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.
  • Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.

MINYAK KELAPA HIJAU

  • Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.
  • Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

DAUN LIDAH BUAYA

  • Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.
  • Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.
  • Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.

BUAH NANAS
  • Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.
  • Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.
  • Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.

VITAMIN NATURAL

  • Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.
  • Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.
  • Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.

SYAMPU RAMBUT HERBA

  • Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.
  • Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.
  • Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia 

Tips untuk lebatkan rambut

1- Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2- Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3- Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6- Tip-tip lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.