ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI

Bahan-Bahan:
Bahan A :
  • ½ ekor ikan pari daun-potong dan bersihkan
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 keping asam keping (yang kecil)-kurangkan asam jika anda tak suka masam
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji tomato
  • 5 biji bendi
  • 1 batang serai
  • garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
  • air -agak-agak tengelam ikan
  • sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan B :
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil rempah biji
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • Tumbuk semua Bahan B. pastikan jintan manis dan rempah biji ditumbuk dulu, setelah hancur baru masukkan bahan B yang lain
Cara:
  • Tumis bahan B sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan asam keping dan serai, biarkan sehingga agak masak, masukkan air. Kemudian masukkan ikan pari, setelah agak masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. setelah masak tutup api dan masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk agar sayuran tadi masak.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan panas-panas bersama nasi yang panas jugak.

Nasi Briyani Kurma Daging

Nasi Briyani Kurma Daging
Nasi Briyani Kurma Daging

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air
  • 2/4 tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (kisar halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis + 1/4 susu cair (untuk buat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam, gula (secukup rasa)
Bahan Tumis dan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga
Cara memasak:
  • Potong dan rebus daging. Panaskan minyak, masukkan marjerin dan bahan tumis.
  • Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas dan kacang gajus.Kacau dan biar pecah minyak
  • Masukkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam dan gula.
  • Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  • Kecilkan api, dan biar nasi masak.Siap! 
  • Sebelum hidang, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sumber : the asian parent 

CUPCAKE KENTANG

CUPCAKE KENTANG
CUPCAKE KENTANG

Bahan-Bahan :
  • 4 Biji Kentang
  • 2-4 sb Butter
  • 1/2 cup Cheddar Cheese
  • Garam
  • Susu Segar
  • Blackpaper Powder
  • Olive Oil
  • Oregano
Cara-Cara :
  • Cuci kentang bersih-bersih then keringkan dengan kitchen paper. Lumurkan kentang dengan olive oil then bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 celcius.
  • Bila kentang da masak potong kentang macam cup. 1 bahagian kecik & 1 bahagian lagi besar. Sori lupa nak snap pic. keluarkan isi kentang, makesure kulit kentang tu still ada isi sikit-sikit nak mengelakkan dia pecah masa kita bakar nanti. Senang cite, buat macam mangkuk dengan kentang tu.
  • Isi kentang yang telah dikeluarkan tu kita mashkan masukkan butter, susu segar sikit, garam & black paper. Macam nak buat mash potato tu. Masukkan cheese & gaul hingga sebati.
  • Masukkan mash potatoes tadi ke dalam mangkuk kentang yg kita buat tadi tu, taburkan oregano then bakar sekali lagi selama 15-20 minit. agak-agak cheese dah cair tu ok la.

Resepi cream puff yang sedap

cream puff
cream puff

Bahan-bahannya:
Bahan A

  • 1 cawan Air
  • 100 gm mentega/margerin
  • 1/2 sk gula
  • 1 st esen vanila
Bahan B
  • Secubit garam
  • 125 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
Cara-cara:
  • Masak bahan A hingga mendidih.
  • kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.
  • pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati 
  • masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel untuk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa-apa pun ok.
  • paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
  • kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.
Kastard filling:
  • 2 1/4 cawan susu - boleh campur dengan air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sangat
  • 1 biji telur
  • 25 gm tepung kastard
  • 25 gm tepung jagung
  • 100 gm gula castor - secukup rasa
  • 1/2 cwn teh esen vanila.
  • 1 sb mentega
cara-cara:
  • masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.
  • Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam-suam kuku melalui lubang yang di buat tadi...
  • Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...