Tutorial nak lock App dalam handphone android

Kali ni aku nak explain sikit berkenaan tutorial nak lock app dalam handphone android. Kadang-kadang kita ada maklumat penting yang kita taknak share dengan orang kan... So, cara mudah untuk pastikan data personal kita selamat adalah dengan cara letak password dekat apps atau file tersebut.
Disebabkan aku guna handphone OPPO A3s, jadi tutorial aku pun tentang cara-cara nak lock apps di OPPO A3s. Tapi aku rasa lebih kurang sama je untuk handphone brand lain.
Jom kita mulakan.....
Pertama, kosang kena masuk ke SETTING.
masuk ke 'setting'
Dah masuk ke setting, then korang cari SECURITY
cari security
Bila dah tekan security tu, lepas tu korang cari APP LOCK
pilih app lock
Bila mana korang tekan je APP LOCK tu, korang akan di suruh untuk set password. Ini untuk yang first time nak set APP LOCK ni.
tekan set password
Dekat sini bermula la korang kena fikir password ada yang korang nak set. 
fikir la apa yang korang nak set untuk password ni (kena ingat)
Dah settle yang ni, ada satu lagi security question yang korang kena jawab. Kat sini ada la 2-3 soalan pilihan yang korang boleh pilih untuk jawab.
set security question
Tapi kalau korang tak berkenan dengan soalan default tu, boleh pilih soalan sendiri. Korang tulis soalan, korang jawab sendiri.
soalan sendiri
pilih custom question
Dan pilih semuanya. dah buat soalan, dah jawab soalan, dah set password, seterusnya, barulah korang pilih app yang mana yang nak di LOCK kan. Untuk contoh tutorial ni, aku pilih app ASTRO GO untuk di LOCK kan.
pilih app mana yang nak di LOCK
Sebenarnya korang boleh piih seberapa banyak app yang korang nak LOCK kan. Semua menggunakan password yang sama. Lepas dah pilih app, then settle korang punya setting untuk LOCK APP di handphone.
So, bila korang nak buka app tersebut, contohnya, ASTRO GO ni,

pilih app
key in password
Then, tadaaaaaaaaaaaaaaaaa...........korang dah boleh masuk ke app tersebut.... Selamat mencobaa.
dah boleh masuk ke app astro go

Singgah sarapan di Restoran De' Salai Bangi Station, Bangi Selangor

Restoran De' Salai Bangi Station

 
Aku ke Bangi ni sebab ada seminar dekat area situ. Seminar start pukul 9 pagi. Aku sampai awal jugak la di situ. Oleh sebab tu, aku pun cari la port nak sarapan yang berdekatan di area tesebut. Jalan punya jalan punya jalan, aku tertarik dengan satu restoran ni, Nama restoran tu adalah Restoran De' Salai Bangi Station. Orang pun ramai aku tengok. Mesti restoran ni sempoi. Tanpa buang masa, terus aku terjah.
nak makan nasi lemak, ada banyak lauk

soto pun ada
Nasi lemak dan soto je aku sempat snap gambar. Ada lagi yang lain macam roti canai, kuih muih dan lain-lain. Sebab ramai sangat orang masa aku datang tu, so aku pun malu-malu la sikit nak snap gambar banyak-banyak..hahahahahhaha.
Soto

nasi lemak
Soto dengan nasi lemak je aku sempat bedal di sini. Ni aku datang pagi je waktu breakfast. Kalau korang datang tengahari untuk makan tengahari hari, aku rasa lagi sempoi ni. Makanan orang nogori sembilan nih. Kalau ada yang dah pernah datang sini, cer cerita sikit kat ruang komen tu untuk info buat yang lain-lain yang tengok dok survey nak makan mana.
Alamat lengkap restoran ni adalah, De'Salai Bangi Station Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
gps koordinat : 2°55'53.9"N 101°45'53.0"E atau  2.931625, 101.764707

Best naik Kereta Kabel Langkawi - Langkawi SkyCab

Kaunter masuk dan tiket SkyCab

menuju puncak gunung Mat Chincang
Percutian aku kali ni ke Langkawi aku pilih bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum. Tujuannya nak juga nak kereta kabel @ skycab di Langkawi ni. Kalau musim cuti sekolah memang kebarangkalian untuk naik agak tipis disebabkan ramainya orang berpusu-pusu dan bersesak sesak nak naik kereta kabel ni. Korang boleh tengok posting aku yang lepas masa aku pergi waktu cuti sekolah.
Tapi kali ni harga tiket dah berubah. Kali ni penguruasan skycab buat kaedah lain untuk beli tiket. Dulu-dulu boleh beli tiket kereta kabel saja kalau datang nak semata-mata naik kereta kebal. Tapi sekarang tiket secara pakej. Boleh rujuk gambar di bawah berkenaan pakej-pakej yang di offer.
SkyCab tiket secara pakej/combo
Ada empat jenis kategori tiket iaitu, skycab admission, combo A, combo B dan combo C. Aku pilih yang skycab admission la sebab murah sikit dari yang lain. Untuk pakej ni, selain dapat naik cable car, korang boleh juga masuk ke skydome, skyrex dan 3D art langkawi. Pendek kata, korang memang wajib juga la melawat tempat-tempat lain selain nak naik cable car.
tempat beratur untuk nak cable car 
Disebabkan aku datang bukan pada waktu cuti sekolah, korang tengok la tempat beratur seperti gambar di atas. Takde orang sgt! bertapa bahagianya beli tiket, lepas tu terus boleh naik cable car. Tak perlu beratur panjang berjam-jam!
stesen pertama cable car
Sebelum sampai ke puncak gunung Mat Chinchang, korang boleh turun di stesen yang pertama. Ada menara peninjau untuk korang nak selfie ke, ambil gambar pemandangan ke...ikut suka korang lah.. Dah selesai, korang sambung balik nak cable ke untuk ke puncak gunung. Dari Stesen pertama ke puncak agak gayat sikit la...
ada kafe diatas ni, boleh makan-makan dan minum-minum santai

ada burger di kafe ni
Dah sampai puncak, rasa lapar pulak. Nasib ada kafe. Bekalan makan tak boleh bawa naik. Jadi terpaksa la beli di kafe tu. Aku try burger. Sedap gak la makan sambil tengok permandangan cantik dari atas. Dah makan, korang boleh explore la di atas ni, Ada dua menara yang boleh korang naik. Angin agak kuat juga la di atas ni.
salah satu menara di Puncak Gunung Mat Chincang

boleh juga jalan-jalan di Skybridge
Alang-alang dan sampai di puncak gunung, try la seklai untuk naik skybridge. Korang boleh pilih nak turun dengan SkyGlide atau nature walk. Kalau dengan SkyGlide, kena beli tiket sikit la.. Tapi kalau nak selesa baik nak SkyGlide. Nature walk penat sikit la. Video kat bawah ni korang boleh tengok track SkyGilde.

Video kat bawah ni pulak gambaran naik kereta kabel (cable car)

Ayam Tempayan Abang Laris, Langkawi

Ayam Tempayan Abang Laris, Langkawi

Ayam yang dimasak dalam tempayan
Salah satu kedai makan yang agak rare di Langkawi yang korang patut cuba adalah Ayam Tempayan Abang Laris bukan Abang Terlajak Laris ke....... Kedai makan ni start boleh makan ayam tempayan ni waktu tengahari la.. Kira korang makan tengahari la di sini. Kedai Ayam Tempayan Abang Laris ni terletak betul-betul disebelah jalan besar Kuah-Airport. Dekat-dekat dengan masjid Aisyah. Area-area situ laaa.
Oleh sebab ke'rare'an kedai ni, jadi aku pun terjebak untuk singgah.....
Selain ayam tempayan, adalah juga lauk lain sikit

nasi ayam dengan ayam tempayan
So, aku pun order la nasi ayam berlaukkan ayam tempayan. Asalnya aku minta ayam separuh, tapi tokey kedai tu tersilap...boleh la tu makan ayam tempayan tu. Rasanya unik sikit la...dengan sambal pun sedap yang membangkitkan selera.
Nanti-nanti kalau korang datang Langkawi singgah la sini. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 6°19'27.8"N 99°48'59.7"E atau 6.324398, 99.816584