EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

Dah Balik dari island hopping petang tu, rasa lapar la pulak. Disebabkan jeti island hopping aku kat Pekan Rabu tu jer, jadi aku just round-round kat Pekan Rabu tu je nak cari makan petang. Then, terjumpa la dengan EE Burger ni...rasa cam nak makan burger je petang tu untuk alas perut sebelum nak makan malam nanti.
EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

tempat makan yang terbuka
EE Burger ni rupanya bukan sekadar jual burger, macam-macam gak makanan yang diorang jual rupanya. Macam GM Burger gak yang aku pernah pergi sebelum ni....so jangan tertipu dengan nama kedai burger...hahahaha..nak makan goreng-goreng pun ada, western pun ada.....tengok dalam menu yang aku snap kat bawah ni....
senarai pilihan menu makanan

Char koay teow, koay teow kerang, char koay teaw ketam
Macam mana nak cari EE Burger Pekan Rabu ni? Korang pusing-pusing je kat area Pekan Rabu tu...jumpa la nanti. Detail lokasi boleh rujuk gps koordinat dan google map.

6°19'04.3"N 99°51'04.7"E

Bersarapan pagi di medan selera berdekatan dengan dataran helang Langkawi

Pagi tu hujan lebat. Misi mencari tempat sarapan best agak terhad. Last-last jumpa dengan medan selera berdekatan dataran helang ni....so, bedal je la walaupun satu kedai je buka pagi tu..tapi sebab kedai yang satu tu ada roti canai, jadi ia telah menepati kreteria sebagai kedai untuk sarapan pagi,,hihihihihi...
satu-satunya gerai yang buka pagi tu....
Selain roti canai, ada juga nasi lemak lauk pilih sendiri. Atas dasar masih lapar, secara tak langsung nasi lemak juga menjadi hidangan aku pada pagi yang mulia tersebut. Hujan masih diluar tak berhenti. Sebab hujan, plan aku untuk island hopping tertangguh. Pasal Island hopping nanti aku cerita detail dalam posting aku yang lain.
roti canai

nasi lemak ayam goreng dengan sayur

nasi lemak ikan kari dengan sayur
Medan selera ni senang je nak cari, sebab dekat dengan tempat tumpuan kan...walau bagaimanapun cam biasa, aku kasi gak la gps koordinat dan google map.

6°18'27.0"N 99°51'14.0"E

Makan malam di restoran GM Burger di Kuah Langkawi

Malam first yang aku sampai Langkawi ni, ternampak restoran GM Burger ni masa aku n famili aku tengah on da way nak pi makan malam kat restoran medan selera nelayan Bukit Malut. So aku decide malam kedua aku kat sini, nak makan burger kat GM Burger tu. Maka apabila tibanya malam kedua tu, aku dengan lantas terus menuju ke arah GM Burger tersebut dengan hati yang berkobar-kobar.

GM Burger dari sudut tepi depan

GM Burger dari sudut tepi belakang

GM Burger side yang satu lagi
Bila aku nak ambil order, aku tanya apa ada kat sini? Tukang ambil order tu cakap 'macam-macam ada'....rupanya diorang bukan setakat jual burger, menu lain pun banyak...nak makan goreng-goreng, western, menu set, semua ada.....aku ingat diorang ada menu burger je...Oleh sebab aku dah set dalam kepala otak aku yang geliga ni nak makan burger, aku pun cuba tidak goyah untuk order menu lain selain burger. Jadi aku pun order la burger seperti gambar-gambar kat bawah ni...
Burger daging special

Oblong daging

Burger daging kosong (takde sayur, takde sos)
Dok tengah makan burger, tetiba nampak meja sebelah makan koay teow kerang dan spaghetti bolognese.....macam sedap jer..hatiku mula goyang dan semakin goyang dan akhirnya, 'abang nak tambah koay teow kerang, spaghetti bolognese, french fry ye'.......tapi ternyata koay teow kerang menang sedap dah terbaikkkk!..
koay teow kerang

spaghetti bolognese

french fry
Kepada yang nak cuba menjamu selera kat GM Burger ni, korang boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah tu...boleh rujuk google map kat bawah ni jugak...selain GM Burger ni, diorang ni jugak ada buat bisness motel dan homestay.. 

gps koordinat : 6°19'44.1"N 99°49'57.6"E

Sarapan pagi di medan selera HIG, Kuah, Langkawi

Pusing punya pusing pekan Kuah, Langkawi ni nak cari kedai untuk sarapan pagi, last-last jumpa medan selera HIG ni....HIG tu apa???? HIG tu 'Haji Ismail Group'...medan selera ni betul-betul depan kompleks HIG yang orang suka shopping tu...Medan selera HIG ni aku tengok pagi-pagi tak banyak yang buka lagi, ada la dalam 3-4 kedai yang dah buka pagi tu...ok la daripada takde kan...
Medan Selera HIG, Kuah Langkawi
Kat medan selera tu, ada kedai nasi kandar (Restoran Haji Ali), sbb tu la kot orang datang nak sarapan...selain tu ada gak gerai yang jual nasi lemak, gerai jual ayam gunting...Jadi pilihan aku kali ni, aku makan roti canai, nasi lemak dan aku order gak ayam gunting tu...
Restoran Haji Ali (nasi kandar) medan selera HIG

roti canai
Senanag je nak cari medan selera HIG ni....Pas sarapan korang boleh la pi cuci mata kat komplek HIG...nak beli coklat ke, pinggan mangkuk ke.....

gps koordinat medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E