Singgah makan di D'Saji Arabica Estate di RNR highway Gurun, Kedah

 

D'Saji Arabica Estate
D'Saji Arabica Estate
Ni kira first time la aku masuk ke D'Saji Arabica Estate di RNR Gurun ni. Biasa kalau singgah RNR Gurun, makan dan minum dekat food court yang biasa tu jer. Tapi kali ni nak try la tengok apa yang ada dalam restoran Arabica Estate ni.
Barista kopi
Barista kopi

nak order semua di kaunter ni
nak order semua di kaunter ni
Bila tengok menu, banyak juga makanan yang sempoi-sempoi. Ada menu ala cart macam nasi goreng, bihun, mee koay teow, megi dan banyak lagi. Ada juga menu western. Kalau nak menu set pun ada juga. lepas makan nak order desset pun boleh. Air pulak selain air standard yang selalu orang jual, di sini juga ada barista yang korang boleh pilih jenis kopi, mocha ke, cuppuccino ke, latte ke dan sebagainya. Boleh tengok menu seperti di bawah ni.
menu D'Saji Cafe
menu D'Saji Cafe
Aku try makan bihun sup, mee sup dan nasi goreng kampung manakala minum pula aku try cuppuccino dan mocha. Semua sedap. Nanti boleh singgah lagi๐Ÿ˜Ž
mee sup
mee sup

bihun sup
bihun sup

mocha
mocha

cuppuccino
cuppuccino

nasi goreng kampung
nasi goreng kampung
Korang try la makan di D'Saji Arabica Estate ni kalau singgah di RNR Gurun. Rare sikit la makanan ni dari yang food court tu.

GPS koordinat: 5°49'50.4"N 100°29'21.7"E atau 5.830668, 100.489365

KASWI PANDAN

KASWI PANDAN
KASWI PANDAN 

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 cwn air + 4 helai daun pandan blender dan tapis(pastikan dapat 2 cawan juga air daun pandan tu tau..kalau kurang tambah air)
  • 4 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau
  • kelapa ambil putih shja
  • sedikit garam

Cara-cara:
  • satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.
  • masukan air daun pandan,air kapur dan sedikit pewarna gaul sebati dan tapis.
  • sapu minyak pd acuan dan tuang adunan.
  • kukus 30 minit
  • sejukkan dulu sebelum potong
  • gaul kelapa.

Kredit resepi: Nur Eisya MAHN 

Makan tengahari yang sedap di restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar

 

restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar

restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
Aku tak pasti la nama sebenar restoran ni, kejap Mie Langgar, kejap Mee Langgar.... sebab aku dah conpius, aku tulis dua-dua sekali nama restoran ni dalam posting aku ni๐Ÿ˜…. Sebenarnya aku dah pernah datang dah masa tahun 2018. Ni kira repeat la untuk kali kedua. Posting tu boleh tengok DISINI. Masa tu belum Covid lagi. Takda perubahan sangat yang aku perasan dari yang first aku datang. Semua sama jer.
tempat makan/meja makan dalam restoran
tempat makan/meja makan dalam restoran
Dari segi makan pula, memang banyak masakan tengahari yang korang boleh makan di sini. Yang special di restoran ni adalah ikan bakar, ayam golek, daging bakar, kira semua yang bakar-bakar lah. Yang bakar-bakar ni nampak menyelerakan, rasa macam nak makan semua sekali๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
pelbagai jenis masakan untuk juadah tengahari
pelbagai jenis masakan untuk juadah tengahari

ikan-ikan bakar
ikan-ikan bakar

daging bakar
daging bakar

ayam golek/ayam bakar
ayam golek/ayam bakar
Tapi disebabkan kekangan kewangan, aku tak jadi nak ambik semua tu๐Ÿ˜...sengkek, poket tengah rabak๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†..Jadi makan tengahari aku simple-simple jer, cam gambar kat bawah ni.
Alhamdullillah, ni je rezeki aku
Alhamdullillah, ni je rezeki aku๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Kalau korang ada di Alor Setar, boleh la datang makan tengahari di sini. Boleh rujuk gps koordinat dah google map seperti dibawah sebagai rujukan.

GPS koordinat: 6°08'31.7"N 100°23'36.1"E atau 6.142138, 100.393369


Big Red Strawberry, Brinchang, Cameron Highland

Big Red Strawberry
Big Red Strawberry
Big Red Strawberry ni aku dah pernah datang dulu masa tahun 2017. Boleh tengok dalam posting aku yang lepas DISINI. Dah lama la jugak tak masuk ke sini. Malas nak masuk sebab nak kena drive panjat bukit. Bukit yang pacak plak tu. Kalau terlebih muatan, tak naik kereta, kena turun semua orang dulu, baru boleh panjat bukit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...

Tapi sebab dah lama sangat tak masuk ke Big Red Strawberry ni, jadi nak masuk la lagi sekali. Nak makan kat atas bukit tu, ada cafe๐Ÿ˜…

ladang strawberry
ladang strawberry

ladang salad
ladang salad
Kebanyakan tanaman yang ada dalam ni adalah salad dan strawberry. Kalau tengok salad tu, semua gemok-gemok dan segar bugar. Rasa macam nak pi kunyah mentah-mentah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
ada Big Red Cafe
ada Big Red Cafe

tempat makan
tempat makan
Aku masuk je ke Big Red Strawberry ni, terus cari cafe yang duduk kat bahagian hujung sebelah atas. Nak try makan di situ pulak. Malas nak jalan-jalan kat tempat lain๐Ÿ˜Š... Makan santai-santai jer kat sini. Aku makan big red chorus, strawberry float dan french fries.
strawberry float
strawberry float

french fries
french fries

big red chorus dan ais krim
big red chorus dan ais krim

complete set makan santai aku
complete set makan santai aku
Walaupun tempat yang tinggi dan kalau nak panjat bukit pacak ni yang struggle kalau ramai penumpang dalam kereta, namun masih ramai yang gigih nak naik ke sini. Kalau korang pun berhati kental dan gigih nak naik jugak, boleh cari Big Red Strawberry ni dengan gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 4°29'43.9"N 101°23'12.1"E atau 4.495522, 101.386680