Resepi sayur bendi goreng belacan

Sayur bendi goreng belacan
Sayur bendi goreng belacan 

Bahan:
  • 12 biji bendi (basuh dan hiris nipis) 
  • Udang 10 ekor
  • Cili merah 2biji
  • Cili padi 8 biji
  • Bwg kecik 3 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Sedikit belacan (semua bahan² di atas tumbuk ya)
  • sedikit ayer asam jawa
  • garam& gula sckp rasa ya
  • Stgh ketul pati ayam knorr
Cara-cara:
  • Tumiskan bahan² yang di tumbuk tadi...sampai pecah minyak kemudian masukkan ayer asam jawa dengna udang,  masak Sampai kering...,kuah... kemudian masukkan sayur bendi garam, gula dan pati ayam
  • masak 5 min lagi
  • dah siap... boleh di hidangkan..
kredit resepi: siti fatimah  

RESEPI SAMBAL IKAN

SAMBAL IKAN
SAMBAL IKAN

Bahan-bahan:
  • Ikan - masak 5/6 ekor
  • 3 ulas bawang putih - blend kasar
  • 3 ulas bawang merah - blend kasar
  • Seinci halia- blend kasar
  • 3 senduk cili kisar (kalau nak kuah banyak tambah la lagi)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Mushroom seasoning
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula kerek
  • Garam
  • Gula pasir (putih/organik) - ikut suka
Tambahan:
  • Tomato - potong 6 
  • Bawang besar holland dihiris - untuk masukkan akhir sekali
Cara-cara:
  • Goreng ikan. dan ketepikan. - goreng tak terlalu garing.
  • Tumis bawang putih + merah + halia hingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar. masak hingga pecah minyak ye. Dah masak cili tu + agak-agak garing, masukkan sedikit air. (Ikut la nak kuah pekat @ cair).
  • Masukkan sos tiram. Kacau-kacau.
  • Masukkan mushroom seasoning, air asam jawa.
  • Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. (sambal ni sedap ada manis-manis sikit)
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris sekejap saja.

Resepi mee sizzling

Mee sizzling
Mee sizzling 

Bahan:
  • 6 keping halia (dihiris nipis)
  • 7 ulas bwg putih (dihiris)
  • 7 tangkai cili kering digunting kasar (1tangkai gunting 3 bahagian)
  • 6 ketul ayam di potong kecil
  • dry mashrooms 1 paket potong kasar 1 biji potong 4 bahagian (rendam dalam air panas selama 1 jam)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 8 sudu besar kicap soya pekat lemak manis
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula
  • 4 sudu besar tepung jagung yang di bancuh dengan air biasa jangan air panas.
  • yee mee (di celur)
  • sayur sawi (di celur sekejap sahaja)
  • telur (goreng separuh masak)
  • cabai potong (letak sos ikan dan sedikit kicap kipas)
cara masak:
  • tumis bawang putih halia cili kering sampai wangi.
  • masukkan ayam goreng sebentar sehingga ayam agak masak dan empuk.
  • masukkan 6 cawan air (kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air)
  • masukkan cendawan.
  • masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam.
  • biarkan mendidih dan ayam masak masukkan sedikit gula.
  • setelah masak masukkan air tepung jagung siapp... 
Kredit resepi: Anna Rozza

RESEPI POTATO FRITTERS

 

POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS

Bahan-bahan:
  • 3 bji kentang
  • 4 sudu besar tpg jagung
  • 3 sudu tpg gandum
  • 1 bji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bawang atau daun sup
  • Udang ikut suka nak letak boleh tak nak pun tak apa
Cara-cara:
Parut semua kentang dan campur semua bahan...gaul bagi rata...panaskan minyak ambil satu senduk adunan dan tuang tepi kuali bagi leper baru tolak dalam ke kuali. balik-balik kan hingga garing dan masak sepenuhnya. siap!

Kredit resepi: Siti Nardina