Resepi mee sizzling

Mee sizzling
Mee sizzling 

Bahan:
  • 6 keping halia (dihiris nipis)
  • 7 ulas bwg putih (dihiris)
  • 7 tangkai cili kering digunting kasar (1tangkai gunting 3 bahagian)
  • 6 ketul ayam di potong kecil
  • dry mashrooms 1 paket potong kasar 1 biji potong 4 bahagian (rendam dalam air panas selama 1 jam)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 8 sudu besar kicap soya pekat lemak manis
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit gula
  • 4 sudu besar tepung jagung yang di bancuh dengan air biasa jangan air panas.
  • yee mee (di celur)
  • sayur sawi (di celur sekejap sahaja)
  • telur (goreng separuh masak)
  • cabai potong (letak sos ikan dan sedikit kicap kipas)
cara masak:
  • tumis bawang putih halia cili kering sampai wangi.
  • masukkan ayam goreng sebentar sehingga ayam agak masak dan empuk.
  • masukkan 6 cawan air (kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air)
  • masukkan cendawan.
  • masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam.
  • biarkan mendidih dan ayam masak masukkan sedikit gula.
  • setelah masak masukkan air tepung jagung siapp... 
Kredit resepi: Anna Rozza

RESEPI POTATO FRITTERS

 

POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS

Bahan-bahan:
  • 3 bji kentang
  • 4 sudu besar tpg jagung
  • 3 sudu tpg gandum
  • 1 bji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bawang atau daun sup
  • Udang ikut suka nak letak boleh tak nak pun tak apa
Cara-cara:
Parut semua kentang dan campur semua bahan...gaul bagi rata...panaskan minyak ambil satu senduk adunan dan tuang tepi kuali bagi leper baru tolak dalam ke kuali. balik-balik kan hingga garing dan masak sepenuhnya. siap!

Kredit resepi: Siti Nardina  

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN @ KEMBOJA LOYANG

KUIH BAKAR PANDAN @ KEMBOJA LOYANG
KUIH BAKAR PANDAN @ KEMBOJA LOYANG

Bahan:
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (boleh lebih)
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • Sedikit garam
Untuk sapu loyang:
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar Butter
Cara-cara:
  • pecahkan telur dan masukkan dalam blender, selepas tu blend sampai berbuih
  • masukkan semua bahan lain dan blend lagi sehingga sebati
  • lepas tu ambil loyang sapu permukaan loyang kiri dan kanan loyang dengan butter masukkan minyak sikit.
  • bahan yang dah sebati di blend tadi tuang ke dalam loyang yang dah disapu minyak.
  • panaskan dulu oven 10 minit bersama loyang tadi.
  • bakar 180 50 minit.Nak garing boleh tambah masa dalam 1jam.
Kredit resepi: cyda syukur  

Resepi bihun goreng udang

Bihun goreng udang
Bihun goreng udang 

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun rendam dan toskan
  • 300gram udang 
  • Telur 2 biji
  • 1 cawan taugeh
  • 1 ikat daun kucai kalau nak masuk sawi pun boleh.
Bahan tumis:
  • 5ulas bawang putih 
  • 1labu bawang merah
  • 1sudu udang kering
  • Tumbuk atau blend kasar
  • 3sudu cili blend
  • Sos tiram
  • Sos ikan 
  • Kicap pekat dan cair
  • 3 cawan air rebusan daging kalau tak ada air biasa pun boleh
  • sayur (apa-apa pun boleh)
Cara membuat:
  • Panas minyak dalam kuali masuk bahan blend dan cili blend kacau rata hingga wangi dan pecah minyak masuk udang sos tiram kicap sos ikan garam gula serbuk perasa. 
  • Kacau rata buat bulat tengah masuk telur biar sekejap baru kacau rata masuk stok daging atau air tadi masuk bihun kaup balik aje kacau rata jangan beria sangat 
  • last masuk carrot, cili benggala, daun kucai, taugeh atau sayuran lain. Kaup balik sekejap tutup api. 
  • Siap boleh hidang. 
  • Tabur daun bawang daun ketumbar dan cili potong. 
Kredit resepi: Azizah Daud

Resepi Mee Rebus

Mee Rebus
Mee Rebus

Resipi untuk 1kg Mee Kuning

Bahan kisar A:
  • Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
  • 2 Biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)
  • Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
  • Daging hiris nipis
  • Udang buang kulit
  • Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
Cara-cara:
  • Tumis semua bahan kisar A. Agak-agak dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang dan ubi kisar tadi.
  • Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi), Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak-agak menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama, nanti keras tak sedap.
  • Agak-agak pekat kuah macam mana yang korang nak. Tak cair sangat and tak pekat. Last sekali boleh la letak dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!
Kredit resepi: Ainn Mustafar

Resepi Kuih Wajik a.k.a Nasi Manis

 

Kuih Wajik a.k.a Nasi Manis
Kuih Wajik a.k.a Nasi Manis

Bahan-bahan:
  • 500 gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cawan)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • 4-6 ulas durian (diambil isinya)
  • Sedikit kapur
  • Daun pisang 
Air gula Melaka:
  • 300 gm gula melaka (+ sedikit gula merah)
  • 200 gm gula pasir
  • 1 cawan air
Cara-cara:
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit sambil dibalik-balikkan gaul dengan sedikit santan cair dan secubit garam.

Kredit resepi: Azie Kitchen

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan: (5-6 orang)
  • 500 g spaghetti
  • 1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
  • 1 cawan minyak zaitun (olive oil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kiub pati ayam
Cara-cara:
  • Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  • Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  • Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.

Resepi Donut Pandan

Donut Pandan
Donut Pandan

Bahan A :
  • 1 paket yis kering – 11 gram
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air pandan suam
Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara:
  • Bancuhkan kesemua bahan A di dalam mangkuk. Kemudian, biarkan bancuhan itu hingga berbuih. Kira-kira dalam 10 minit. Oh ya, daun pandan perlulah dikisar ya dan tapis hampasnya. Kemudian panaskan air pandan di atas api hingga suam atau sederhana panas. Barulah tuang ke dalam bahan-bahan lain. Sementara itu, sediakan bahan B pula ya.
  • Masukkan kesemua bahan B ke dalam satu bekas besar yang memudahkan untuk mengadun. Ramas bahan-bahan B hingga menjadi sebati. Setelah itu, campurkan air bancuhan kita tadi ke dalam adunan doh donut pandan  kita. Gaul hingga sebati yakni, hingga tepung tidak melekat di tangan.
  • Setelah doh donut pandan siap, jangan lupa untuk tutup doh kita dan perap selama 1 jam. Ini untuk menghasilkan donut pandan yang gebu dan lembut. Anda tak perlu nak uli teruk-teruk. Cukup sekadar adun hingga bahan semua sekata.
  • Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh donut yang telah mengembang tadi untuk mengeluarkan angin. Kemudian, bolehlah canaikan doh kita. Jangan terlalu nipis ya. Lalu, terapkan menggunakan acuan donut. Doh agak lembik ya tapi jangan risau. Teruskan mencanai dan bentukkan saja. Tak perlu tambah tepung gandum.
  • Setelah selesai sesi mencanai dan membentuk donut, susun donut di atas talam yang ditaburi tepung gandum. Ini untuk menggelak daripada doh melekat. Lalu, biarkan donut pandan kita rehat lagi selama 15 minit. Setelah itu, anda bolehlah menggoreng dengan api sederhana hingga keperangan. Hiaskan donut pandan gebu tadi dengan salutan gula. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: Hajah zainab binti Mawan

Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Makaroni Bakar

Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
  • 300 g daging kisar 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil) 
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos Putih)
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan susu segar
Bahan C
  • ½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut) 
  • 125 g keju cheddar (Diparut) 
  • 5 biji telur 
  • 1 cawan susu segar 
  • 50 g daun parsli (Dicencang) 
  • 1 sudu makan minyak jagung
Cara menyediakan dan memasak:
Cara Membuat Inti
  • Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang 
  • holland. 
  • Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk 
  • lada sulah. 
  • Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
  • Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
Cara Membuat Makaroni
  • Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. 
  • Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti. 
  • Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. 
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.
Kredit resepi: Chef Hanieliza 1

Makan laksa di Kedai Makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar, Perak

kedai makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar
kedai makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar
Antara port makan laksa telur sarang di Kuala Kangsar, korang boleh try makan di kedai makan Laksa Pokok Limau yang beralamat di Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur, Kuala Kangsar, Perak. 

Walau bagaimanapun, selain laksa, terdapat juga makanan goreng-goreng yang lain. Kalau family/kawan korang yang tak makan laksa, boleh order menu lain. Tapi kalau datang ke sini, wajib la makan laksa sebab menu tu adalah menu utama di sini.

2 pinggan laksa telur sarang, 1 laksa telur rebus, 1 laksa biasa
2 pinggan laksa telur sarang, 1 laksa telur rebus, 1 laksa biasa

laksa telur sarang
laksa telur sarang
Memang sedap dan padu laksa ni. Habis licin aku makan, kuah pun hirup sampai habis😂😂😂😂... Disebabkan sorang anak aju tak makan laksa, jadi order la jugak mee goreng...nak sejukkan tekak, terorder plak ABC jagung😅
mee goreng
mee goreng

air batu campur jagung
air batu campur jagung
Kepada korang yang berhajat nak makan laksa Kuala kangsar ni, boleh la datang ke Laksa Pokok Limau ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4.778756454799447, 100.94999239424217

https://maps.app.goo.gl/v1KgRwVo6xmQbCbs6

Resepi Udang Berempah Kurma

Udang Berempah Kurma
Udang Berempah Kurma

Bahan-bahan:
  • 8 ekor udang besar (kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar (dipotong kiub kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong dan buang biji)
  • 2 sudu besar rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
  • 1/3 cawan susu sejat
  • Minyak untuk menumis
Langkah-langkah:
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit jayu manis sehingga bawang kelihatan kuning. Masukkan cili kering dan goreng sekejap.
  • Kemudian masukkan rempah kurma dan masak sehingga minyak naik dan rempah kelihatan sedikit gelap.
  • Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering.
  • Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sambung masak selama 10 minit. Hidangkan.

RESEPI ROTI GULUNG SARDIN

ROTI GULUNG SARDIN
ROTI GULUNG SARDIN

Bahan-bahan:
  • 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
  • Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
  • 1 labu bawang besar (hiris halus )
  • 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
  • 2 biji telor dipukul
  • 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
  • 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara Menyediakannya:
  • Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  • Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
  • Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
  • Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
  • Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis. 
Kredit resepi : chef mat gebu 

Sarapan pagi di Teratak Wan Din 478, Kampung Permatang Bogak, Pulau Pinang

 

Teratak Wan Din 478
Teratak Wan Din 478

Teratak Wan Din 478
Teratak Wan Din 478
Teratak Wan Din 478 ni kira tempat viral la untuk bersarapan pagi. Terletak di Kampung Permatang Bogak, 13100 Penaga, Pulau Pinang sering menjadi tumpuan orang untuk menikmati sarapan pagi. Cumanya parking agak terhad. Jika parking berhampiran kedai dah penuh, boleh boleh parking di Masjid yang berdekatan. Tidak digalakkan untu parking di bahu jalan. Jalan sangat sempit dan boleh membahayakan keselamatan anda.

Antara menu-menu yang ada di Teratak Wan Din 478 ni adalah seperti dalam gambar-gambar berikut:

Menu 1 - Teratak Wan Din 478
Menu 1 - Teratak Wan Din 478

Menu 2 - Teratak Wan Din 478
Menu 2 - Teratak Wan Din 478

Menu 3 - Teratak Wan Din 478
Menu 3 - Teratak Wan Din 478

Menu 4 - Teratak Wan Din 478
Menu 4 - Teratak Wan Din 478

Menu 5 - Teratak Wan Din 478
Menu 5 - Teratak Wan Din 478

Menu 6 - Teratak Wan Din 478
Menu 6 - Teratak Wan Din 478

Menu 7 - Teratak Wan Din 478
Menu 7 - Teratak Wan Din 478

Menu 8 - Teratak Wan Din 478
Menu 8 - Teratak Wan Din 478

Menu 9 - Teratak Wan Din 478
Menu 9 - Teratak Wan Din 478
Banyak juga la menu-menu diorang ni...aku try makan peknga, koay teow goreng kerang, nasi lemak..roti canai aku bungkus je...
roti canai bungkus
roti canai bungkus

peknga cicah kari
peknga cicah kari

koay teow goreng kerang
koay teow goreng kerang

teh ais madu
teh ais madu

nasi lemak
nasi lemak
Sedap dan menyelerakan...boleh pi cuba...

GPS koordinat dan google map lokasi Teratak Wan Din 478 adalah seperti di bawah:

GPS koordinat: 5.506856136603805, 100.40823478121753

https://maps.app.goo.gl/oetS8xH1KnscSzwQ8

Makan tengahari di Kafe Alaf Sejahtera, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kafe Alaf Sejahtera, Teluk Bahang
Kafe Alaf Sejahtera, Teluk Bahang
Lepas aku check out dari Hotel di Batu Ferringhi, rasa macam nak makan tengahari nasi campur melayu la plak. Kalau menghala ke arah george town, nasi kandar je la yang banyak. Jadi dari hotel tu aku belok kanan menuju je Teluk Bahang. Akhirnya terjumpa la makan tengahari nasi campur di Kafe Alaf Sejahtera dekat Teluk Bahang ni....
pelbagai masakan/lauk nasi campur
pelbagai masakan/lauk nasi campur
Jadi tersampailah hajat aku makan nasi campur😁😁😁😁....Kalau korang nak try makan nasi campur di Kafe Alaf Sejahtera ni, boleh la cari di Teluk Bahang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.457496110633725, 100.20996976849344

https://maps.app.goo.gl/A8yFauBYWQf2QW6H7

Makan Pagi @ Fizzy Cafe, Kampung Masjid, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Fizzy Cafe, Bayan Lepas
Fizzy Cafe, Bayan Lepas

port sarapan pagi di Bayan Lepas
port sarapan pagi di Bayan Lepas
Fizzy Cafe di Kampung Masjid, Bayan Lepas Pulau Pinang ni adalah port viral untuk bersarapan pagi. Pagi-pagi memang penuh la Fizzy Cafe ni. Aku pun kebetulan nak ke airport, jadi alang-alang singgah la dulu Fizzy Cafe ni...dengar kata sempoiiii..

Parking susah sikit la..korang kena parking di tepi jalan yer. Kalau bertentangan dengan Fizzy Cafe ni, ada lorong taman perumahan, boleh juga parking di tepi-tepi jalan tu..leih selamat dari parking di tepi main road.

suasana dalaman macam ala-ala kampung sikit
suasana dalaman macam ala-ala kampung sikit

menu-menu sarapan di Fizzy Cafe
menu-menu sarapan di Fizzy Cafe
Dah nama cafe untuk makan pagi, tentu-tentu la menu pun semuanya adalah menu sarapan pagi. Menu sarapan pagi utama antaranya adalah nasi lemak, koay teow goreng, lontong, soto, mee kari, mee wantan..Menu sampingan lain adalah beberapa jenis kuih, roti bakar dan sate
nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

kopi padu
kopi padu

makanan sarapan famili aku
makanan sarapan famili aku

roti bakar telur goyang
roti bakar telur goyang

lontong
lontong

mee kari
mee kari
Sedap-sedap sarapan pagi di sini. Sangat recommeded untuk korang try. Boleh cari Fizzy Cafe ni di Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5.296384507573975, 100.25897977121447

https://maps.app.goo.gl/No9pfUtfkA7VwnNdA