1

2

3

4

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru Pulau Pinang

Selain nasi kandar Hameediyah yang ada di Lebuh Campbell, George Town, ada satu lagi maybe cawangan diorang yang terletak di Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. Kat sini ada selesa sikit la dari segi parking. Kalau di belah pulau tu, agak susah untuk nak dapatkan parking. 
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang

bahagian dalam Hameediyah
bahagian dalam Hameediyah
Diorang aku rasa cuba untuk mengekalkan rasa nasi kandar hameediyah yang kat george town tu. Aku pun dan try makan yang dekat pulau tu, memang sedap..boleh tengok posting aku yang lepas pasal Hameediyah tu...Kat Hameediyah dekat Jalan Baru ni, aku makan nasi briyani ayam set...so set yang aku dapat untuk nasi briyani ni cam dalam gambar kat bawah ni....satu je aku nak pesan, kalau cakap nasi briyani set je, diorang akan kasi standard lauk iaitu ayam kukus (kukus dalam nasi)..aku taknak ayam kukus tu, jadinya kena cakap ayam goreng.....
Nasi briyani ayam goreng
Nasi briyani ayam goreng

gulai dalca
gulai dalca

bawang+timum+sambal
bawang+timum+sambal

kuah kari
kuah kari
Boleh la korang cuba datang sini bagi yang duduk area Jalan Baru, Perai ni...tak payah susah-susah nak masuk ke pulau, nak hadap jem lagi, nak cari parking lagi.....so korang boleh tengok google map yang aku dah sediakan dan juga boleh pakai terus gps koordinat yang akan bawa anda direct ke hameediyah ni.....

5°22'19.4"N 100°24'43.8"E

Makan malam di restoran Airport Corner, Langkawi

Malam last aku kat langkawi, aku nak cuba pulak makan kat restoran Airport Corner ni. Restoran ni dekat je dengan Airport (lapangan terbang) Langkawi. Sebab tu la kot nama restoran ni di ambil sempena dengan nama Airport. Lokasi restoran bersebelahan dengan roundabout airport tu. Dari hari pertama aku dah perasan restoran ni sebab aku datang nak flight, maklum la tiket air asia tengah murah..hihihihi...
Restoran Airport Corner Langkawi
Restoran Airport Corner Langkawi

Bahagian dalam Restoran Airport Corner Langkawi
Bahagian dalam Restoran Airport Corner Langkawi
Standard la menu kat restoran ni, sama macam restoran-restoran lain. Rasa? not bad. sedap gak la. Untuk mengeyangkan aku malam tu, airport corner berjaya memenuhi objektif aku....cewah! Bukan setakat tom yam, goreng-goreng, ada juga kat sini menu western. So gambar kat bawah ni, antara menu yang aku order buat juadah aku pada malam terakhir aku dah famili aku kat sini...
nasi goreng kampung telur mata
nasi goreng kampung telur mata

paprik
paprik

chicken chop
chicken chop
Bagi sesiapa yang nak ke sini, memang senang nak cari....macam aku cakap tadi, restoran ni sebelah roundabout Airport Langkawi. Aku juga sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google MAP sebagai rujukan korang.

6°20'43.5"N 99°43'57.7"E

EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

Dah Balik dari island hopping petang tu, rasa lapar la pulak. Disebabkan jeti island hopping aku kat Pekan Rabu tu jer, jadi aku just round-round kat Pekan Rabu tu je nak cari makan petang. Then, terjumpa la dengan EE Burger ni...rasa cam nak makan burger je petang tu untuk alas perut sebelum nak makan malam nanti.
EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

tempat makan yang terbuka
EE Burger ni rupanya bukan sekadar jual burger, macam-macam gak makanan yang diorang jual rupanya. Macam GM Burger gak yang aku pernah pergi sebelum ni....so jangan tertipu dengan nama kedai burger...hahahaha..nak makan goreng-goreng pun ada, western pun ada.....tengok dalam menu yang aku snap kat bawah ni....
senarai pilihan menu makanan

Char koay teow, koay teow kerang, char koay teaw ketam
Macam mana nak cari EE Burger Pekan Rabu ni? Korang pusing-pusing je kat area Pekan Rabu tu...jumpa la nanti. Detail lokasi boleh rujuk gps koordinat dan google map.

6°19'04.3"N 99°51'04.7"E

Bersarapan pagi di medan selera berdekatan dengan dataran helang Langkawi

Pagi tu hujan lebat. Misi mencari tempat sarapan best agak terhad. Last-last jumpa dengan medan selera berdekatan dataran helang ni....so, bedal je la walaupun satu kedai je buka pagi tu..tapi sebab kedai yang satu tu ada roti canai, jadi ia telah menepati kreteria sebagai kedai untuk sarapan pagi,,hihihihihi...
satu-satunya gerai yang buka pagi tu....
Selain roti canai, ada juga nasi lemak lauk pilih sendiri. Atas dasar masih lapar, secara tak langsung nasi lemak juga menjadi hidangan aku pada pagi yang mulia tersebut. Hujan masih diluar tak berhenti. Sebab hujan, plan aku untuk island hopping tertangguh. Pasal Island hopping nanti aku cerita detail dalam posting aku yang lain.
roti canai

nasi lemak ayam goreng dengan sayur

nasi lemak ikan kari dengan sayur
Medan selera ni senang je nak cari, sebab dekat dengan tempat tumpuan kan...walau bagaimanapun cam biasa, aku kasi gak la gps koordinat dan google map.

6°18'27.0"N 99°51'14.0"E