1

2

3

4

Showing posts with label telur separuh masak. Show all posts
Showing posts with label telur separuh masak. Show all posts

7 KHASIAT TELUR SEPARUH MASAK

telur separuh masak
telur separuh masak

1. Menu sarapan yang sihat
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik.Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

2. Membantu pembentukan otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

3. Bantu turunkan berat badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit.Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

4. Menguatkan daya ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

5. Mencegah penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

6. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

7. Baik untuk mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sarapan pagi di Kulim di Warung Selera Sarapan Pagi Mat Isa

 

Warung Selera Sarapan Pagi
Warung Selera Sarapan Pagi

Warung Selera Sarapan Pagi
Warung Selera Sarapan Pagi
Warung Selera Sarapan Pagi ni terletak di Taman Kejora 2, Kulim Kedah. Warung ni tepi jalan jer.. Senang nak cari. Pemilik warung ni adalah seorang OKU. Depa panggil Mat Isa. Kisah Mat Isa yang mengusahakan perniagaan warung ni pernah masuk dalam surat khabar Utusan. Korang boleh rujuk SINI untuk lihat artikel berkenaan warung ni dalam Utusan.

Korang boleh bersarapan nasi campur, nasi lemak, telur separuh masak, mee goreng, bihun goreng dan juga kuih muih di Warung ni. Aku try nasi lemak dengan telur separuh masak. Nasi lemak pun boleh pilih lauk yang kita nak. Telur separuh masak pulak memang padu. Timing nak masak telur separuh masak tu menang ngam... jadi elok..

nasi lemak, side lauk korang boleh pilih sendiri la..yang ni selera aku..hihihi
nasi lemak, side lauk korang boleh pilih sendiri la..yang ni selera aku..hihihi

set telur separuh masak - 2 biji telur
set telur separuh masak - 2 biji telur

terbaiklah..letak kicap dengan serbuk lada sikit...ngam!
terbaiklah..letak kicap dengan serbuk lada sikit...ngam!
Jika nak bersarapan di Warung Selera Sarapan Pagi ni, aku sertakan di sini GPS koordinat dan Google Map lokasi Selera Sarapan Pagi ni kat mana. Senang korang nak cari kan....

GPS koordinat : 5°23'14.4"N 100°33'39.7"E atau 5.387329, 100.561032