1

2

3

4

Showing posts with label ayam masak lemak. Show all posts
Showing posts with label ayam masak lemak. Show all posts

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • 15-25 biji cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar santan
  • garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
  • Bersihkan ayam dan ketepikan.
  • Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
  • Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
  • Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
  • Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
  • Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
Tips:
Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.

Resepi ayam masak lemak cili padi

ayam masak lemak cili padi
ayam masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor 
Kunyi hidup agak-agak setengah inci
Garam 
Santan pekat setengah cawan 
Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tapi kalau tak ada,santan kotak pun ok)

Bahan diblend kasar/ditumbuk: 
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau tak tahan pedas 7 tangkai pun okey) 

Cara masak:
Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk. Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
selepas mendidih masukkan santan pekat.Tunggu sampai mendidih lagi sekali. Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Kalau pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing. 

Kredit resepi: mastura mukhtar

AYAM MASAK LEMAK NEGERI SEMBILAN

ayam masak lemak
ayam masak lemak

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji cili hidup (2 cili padi jika mahu pedas)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Daun limau purut atau daun kunyit
  • Santan secukupnya
  • Kentang jika suka
Cara membuatnya:
  • Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.
Selamat mencuba

Ayam Masak lemak Cili Api

Ayam Masak lemak Cili Api
Ayam Masak lemak Cili Api

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan
  • garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 keping asam gelugor

Cara Menyediakan :
  • Ayam dipotong 8 dicuci bersih dan ditoskan airnya.
  • Kisar bawang merah, halia, cili api dan kunyit hidup bersama sedikit air
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 diblend tadi sehingga naik bau
  • Masukkan asam gelugur dan juga serai yang telah dititik dan perasakan dengan sedikit gula
  • Apabila bahan2 tumis sudah naik bau, masukkan ayam dan dikacau rata.Masak sehingga ayam empuk.
  • Apabila ayam separuh masak,masukkan santan dan biarkan sehingga pecah minyak
  • Akhir sekali, masukkan daun kunyit, buah tomato dan perasakan dengan garam.