Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA ini telah diadakan di muzium Kedah pada 20 Mac 2017 hingga 19 April 2017. Untuk mengabadikan artifak-artifak tersebut sebagai kenang-kenangan, disertakan di sini video-video artifak yang telah dipamerkan pada pameran tersebut:
Serban/sorban Rasulullah S.A.W
Rasulullah s.a.w selesa dengan memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri berlainan iaitu kupiah yang diperbuat daripada kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban baginda melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau iaitu warna kesukaan Baginda mengikut yang terdapat koleksi-koleksi serban Baginda. Baginda mengenakan apa yang dipanggil Qalamah (kopiah) bersama dengan Mahmah (serban). Pada masa-masa tertentu Baginda memakai Qutbri (mafla/selendang) di bahu atau kepalanya pada masa cuaca panas dan berdebu. Serban ini diberikan kepada sahabat Baginda yang tersayang iaitu Mu'adz bin Jabal semasa diperintahkan Mu'adz ke Palestin untuk menyebarkan dakwah dan akhirnya peninggalan ini menjadi milik waris-warisnya.
Tapak kaki Rasulullah S.A.W
Tidak ada pengesahan bertulis dalam sumber-sumber Islam awal tentang artifak inin, ia dipercayai bahawa kesan jejak Baginda terhasil pada permukaan keras. Dalam Mawahib al Ladunniya(rahmat Illahi) Iman Kastalani menjelaskan bahawa "apabila Nabi berjalanvdi atas batu, kakinya akan tenggelam di dalam dan meninggalkan cetakan (kesan). Satu keajaiban sama dikaitkan dengan Nabi Ibrahim, batu dengan jejak beliau dipelihara di hadapan Ka'abah. Ia dikenali sebagai sebahagian Maqam Ibrahim dan direkodkan di dalam Al-Quran. Jejak tapak kaki Baginda ini terhasil semasa Baginda memasuki tanah Yaman, yang mana pertama kali Baginda ke sana. Terdapat 44 jejak tapak kaki Rasulullah terdapat di dalam simpanan pengumpul persendirian, muzium dan para keturunan Rasulullah saw.