1

2

3

4

Showing posts with label KHM Strawberry. Show all posts
Showing posts with label KHM Strawberry. Show all posts

Sarapan pagi di KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands

KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
Fikir punya fikir nak sarapan di Cameron Highlands kat mana? last-last terus decide nak sarapan di KHM Strawberry yang terletak di Taman Sedia. Aku pernah pergi dulu sini. Boleh rujuk posting aku berkenaan KHM Strawberry DISINI. Tapi aku macam confius sikit kali sebab kenapa macam lain jer๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Dekat sini, benda wajib yang korang kena makan adalah scone. Yang tu penting order dulu๐Ÿ˜... makanan lagi pun ada gak la disini. Aku order nasi lemak ayam goreng berempah, nasi goreng, spagetthi bolognese. Minum ofcoz la kena minum teh.

nasi goreng
nasi goreng

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

teh o
teh o

spaghetti bolognese
spaghetti bolognese

scone
scone
Sapa-sapa yang nak datang ke KHM Strawberry ni, boleh cari di Taman Sedia. Korang juga boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'44.6"N 101°22'46.7"E atau 4.479045, 101.379648

Makan scones di KHM Strawberry, Taman Sedia Tanah Rata, Cameron Highland


Ambil order di sini

dah order, cari port makan plak
 KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Taman Sedia ni. Kalau korang masuk ke sini, korang ada nampak la perkampungan melayu. Jika waktu cuti sekolah or cuti umum, jammed gak la trafik yang nak masuk ke sini. 
Menarik di KHM Strawberry ini selain dari kita melihat buah strawberi dengan lebih dekat, kita boleh menjamu selera. Di sini terdapat pelbagai hidangan ringan yang berasaskan strawberi. 
Kita dapat makan hidangan serta petik buah strawberi di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberi yang comel bersama keluarga.
KHM Strawberry dikelilingi oleh ladang strawberry
Di sini, korang disajikan dengan pelbagai hidangan yang mempunyai rasa yang sukar didapati di tempat lain. Korang perlu mencuba kek keju, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi.
Tujuan aku terjah jugak ke KHM Strawberry ni, sebab nak makan jugak scones di sini. Hasil dari review yang orang ramai, diorang cakap scones di sini sedap dan juga murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.

scones

scones

coklat
So, kalau korang datang ke Cameron Highland, jangan lupa la singgah ke KHM Strawberry ni. Sambil makan santai-santai, sambil cuci mata dengan permandangan ladang strawberry.
KHM strawberry, atas bukit sikit
gps koordinat dan google map untuk ke sini, korang boleh rujuk seperti di bawah ni.
gps koordinat : 4°28'44.4"N 101°22'46.3"E atau 4.479012, 101.379539