Resepi nasi ayam penyet

Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet

Cara:
  • kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.. (Untuk seekor ayam saiz kecil yerk) .. Tumis dengan serai diketuk dan daun Salam atau daun Bay . Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air Agak2 ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.
  • sementara tu.. Buat bancuhan tepung... 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yg ditumbuk... Kacau sebati.. Agak2 bancuhan tu nampak macam santan pekat.
  • bila ayam dah masak elok.. Angkat, toskan dan celup kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat... Ambil anak batu dan lenyek2kan..
  • celupkan juga tauhu dan tempe yg dipotong2 dan goreng garing.
  • dah siap.. Boleh susun di pinggan.. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yg digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yg dipotong2 dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan .
  • Sambal ayam penyet
Resipi: 
  • Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan
  • minyak Agak2 yerk tak payah banyak sangat.... goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cilipadi dan cili besar merah yg dipatahkan dua, juga masukkan tomato yg dipotong empat.
  • Masak sampai nampak tomato layu.. Angkat ke semuanya ~ masukkan bahan2 goreng tadi dan belacan yg telah di bakar ( kalau tak bakar pun ok belacan tu) ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi.
  • Blend kasar. sekejap saja ~ tuang semula ke dalam kuali tadi.. ~Masukkan juga gula, garam dan jus Limau secukup rasa.. Juga sedikit gula melaka.masak hingga nampak pecah minyak.. Siappp
Selamat mencuba 😘

Kredit resepi: Mashitah Mas

Resepi Mee Kari Simple

 

Mee Kari Simple
Mee Kari Simple

Bahan:
  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering 
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
  • bahan hiasan:-
  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Limau kasturi
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  • masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  • Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
  • Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
  • tunggu sampai mendidih... siap.... 
  • boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... 
Kredit Resepi: are peace dan Anisza mohd Shukri

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE

 

KENTANG PUTAR HOMEMADE
KENTANG PUTAR HOMEMADE

Bahan:
  • 8-10 biji kentang (direbus empuk)
  • 250 gram butter
  • 1 kotak kcil susu segar atau 1 cawan susu tepung (dibancuh)
  • garam secukup rasa lenyekkan kentang sehingga halus
  • masukkan butter, susu segar dan garam gaul sebati
KUAH:
  • 2 sudu besar butter
  • 1 batang lobak merah (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar(di belah 4)
  • 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 3 sudu lada hitam
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap manis  panaskan butter sehingga cair dan keemasan
Cara-cara:
  • masukkan bawang putih,biarkan agak sedikit garing
  • masukkan 2 cawan air
  • masukkan lobak yang dipotong, bawang besar dan lada hitam
  • setelah masak bahan-bahan diatas blendkan
  • dan masukkan ke dalam periuk bersama 3 cawan air
  • kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap manis
  • jika kuah nampak agak cair, bancuh 2 sudu tepung jagung bersama setengah cawan air suam dan campurkan dalam kuah..
  • Biarkan menggelegak dan siap utuk dihidangkan bersama kentang.