RESEPI MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

MUFFIN COKLAT HAZEL NUT
MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

Bahan-Bahan:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar nutella
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/3 cawan kacang hazelnut
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung atau mazola
Cara Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
  • Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
  • Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
  • Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
  • Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment