Resepi Ayam Goreng SOS Lemon

Ayam Goreng SOS Lemon
 Ayam Goreng SOS Lemon

Bahan-Bahan:
  • 3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
  • minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam
Cara Memasak Ayam:
  • gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur
  • selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.
  • panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.
  • angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.
Bahan-Bahan Sos Lemon:
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan stok ayam pekat maggi
Cara Membuat SOS:
  • panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.
  • masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat
  • akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

No comments:

Post a Comment