Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
▼
Khasiat buat nenas (SUPERFOOD)
potongan buah nenas
Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Ambil sekali dengan empulur. Itu paling banyak khasiat dekat situ.
Ramai tak tahu jika amal 1 slice nenas 3 kali sehari, enzim bromelain dalamnya bantu pecahkan kahak, lendir dan mukus.
Elok sangat bagi yang kerap batuk berkahak. Nenas sarat dengan vitamin C.
Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Buatkan kulit terhidrasi dengan baik sebab nenas 87% air.
Power tak power. Kalau ada masalah mulut berbau tu senang je citer dia.
Makan nanas. Sebab nenas ada xylitol. Bahan bantu hapuskan bakteria penyebab mulut berbau. Nenas juga pemutih gigi semulajadi.
Nenas bersifat healing terutama bagi masalah gusi bengkak atau berdarah. Atau disebabkan jangkitan.
Mungkin berlawanan sebab sifat nenas masam. Tapi sebenarnya ia elok untuk gusi.
Paling padu ada satu bahan ni. Antikanser. Bantu lawan inflamasi. Kecutkan tumor.
No comments:
Post a Comment