Nasi kandar kuah banjir tahap lemas di Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu

pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
Nasi Kandar kampung Melayu ni terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang. Restoran ni dalam kawasan rumah flat yang terletak di satu sudut penjuru salah satu flat yang terdapat di sini. Nasi Kandar Kampung Melayu ni terkenal dengan pelbagai kari yang banyak dan juga setiap pinggan nasi kandar mesti disusuli dengan kuah banjir tahap boleh lemas oooo dalam sepingggan nasi kandar. Banyak oooo kuah diorang bohπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Restoran ni bukan seawal 6.30 pagi tapi tutup pun awal agak... seawal 1.30 tengahari. Petang mungkin bukan balik jam 4 petang hingga 10 malam... tak pasti la musim covid ni macam mana pengoperasian Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu ni😍😍.

beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
Kalau kena time cuti sekolah or cuti umum, orang yang beratur ni akan lagi panjang sampai boleh beratur keliling restoran. Sambil beratur, kedai-kedai sebelah dok promote macam-macam. Memang betul ambil kesempatan berniaga😁😁😁😁

banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu
banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
Kalau nak makan roti canai pun ada diorang sediakan. Maklum la kalau bawah anak-anak kechik, diorang mana layan nasi kandar. Jadi Penyelamatnya adalah order roti canai, baru la mak bapak dalam layan makan nasi kandar dengan tenang😎😎😎
roti canai
roti canai

roti canai panas-panas
roti canai panas-panas
Roti canai pun lembut, kuah pun sedap gak. Berselera la budak-budak makan. 
Tempat duduk terhad dan sentiasa penuh... nasib korang la kalau dapat meja kosong. Macam kena loteri bila dapat meja..nikmat dia lain macam bila dapat mejaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
Ok lah... Kepada yang nak try makan nasi kandar kampung melayu ni, korang boleh cari flat di Ayer Itam, Penang. Atau korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

GPS koordinat : 5°24'01.1"N 100°17'03.7"E atau 5.400294, 100.284346

No comments:

Post a Comment