Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
▼
Resepi pak choy sos tiram
pak choy sos tiram
Pak choy tu belah-belah dua kemudian celur dan cepat-cepat letak dalam air ais lebih kurang 1 minit(tujuannya untuk kekalkan warna dan kesegarannya) lepas tu tos dan ketepikan..
Dalam kuali tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang.
Kemudian masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, gula, ajinomoto dan cili padi cincang. Masak hingga mendidih.
Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air(tujuannya untuk pekatkan kuah)
No comments:
Post a Comment