Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
▼
Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli
lemang
Lemang dimasak menggunakan ruas buluh dan isi beras pulut dilapik menggunakan daun pisang.
Untuk memasak lemang, basuh beras pulut dan kemudian toskan.
Dalam ruas buluh lemang, lapikkan bahagian dalam buluh dengan gulungan daun pisang.
Setelah itu, masukkan beras pulut yang telah ditos dengan sempurna sehingga hampir penuh ruas buluh.
Tinggalkan ruang dalam dua inci, jangan terlalu penuh.
Kemudian, masukkan santan yang telah digaul dengan garam secukup rasa.
Masukkan santan itu sehingga ke paras atas.
Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat.
Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit.
Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.
No comments:
Post a Comment