|
kipas siling jenis KDK |
Posting kali ni aku nak share cara-cara nak repair kipas siling yang perlahan @ slow dan berbunyi bising. Biasanya kipas yang lama yang 4-5 tahun pakai akan jadi masalah ni. Kalau korang taknak repair sendiri, ada je perkhidmatan repair kipas yang boleh korang upah. Tapi kalau korang boleh repair sendiri, lagi jimat. Tak susah pun nak repair.
Tutorial kali ni aku nak share bagaimana nak repair kipas siling dengan mudah. Kipas yang aku nak share ni jenis KDK. Kalau kipas korang brand lain pun takda masalah. Basic nak repair sama saja. Cuma beza sikit papan litar setiap kipas.
Step pertama korang kena buka dulu penutup depan kipas. Buka ikut penutup/cover tersebut ikut arah lawan jam. Cover ni takde apa-apa skru. Bila dah tanggalkan cover tersebut, korang akan nampak seperti dalam gambar di bawah.
|
cover depan dah ditanggalkan |
Step berikutnya korang kena buka cover seterusnya dengan menggunakan skru driver. Ada 3 skru semuanya. Disebalik cover yang kedua ni pulak, terdapat papan litar (circuit board) kipas yang perlu kita check untuk pastikan punca masalah kipas pusing tak laju dan berbunyi bisang.
|
papan litar kipas siling KDK |
Bila dan nampak papan litar tersebut, keluarkan dari kipas. Sebelum tarik keluar, pastikan cable yang menyambungkan litar di cabut terlebih dahulu. Ada 2 soket cable yang korang perlu tanggalkan dulu.
|
selepas papan litar di tanggalkan |
Mudah la sikit nak repair kalau kita cabut papan litar tersebut. Litar ni untuk kipas KDK. Lain brand kipas, lain bentuk papan litar. Basicnya sama saja.
|
papan litar kipas siling KDK |
Biasanya untuk masalah kipas pusing tak laju/slow dan bunyi bising, puncanya adalah dari komponen capacitor yang terdapat pada papan litar tersebut. Nilai capacitor tersebut drop dari value asal capacitor berkenaan. Boleh check dengan menggunakan multimeter. Jika ini terjadi, bermaksud capacitor berkenaan perlu di tukar.
Capacitor yang berbentuk petak besar berwarna hitam value nya adalah 0.82uF. Fungsi capacitor ni adalah berkait dengan kelajuan kipas berpusing. Untuk kembalikan kelajuan kipas seperti kipas baru beli, makan capacitor ini perlu ditukar.
Manakala 3 capacitor berwarna merah dengan value 2.4uF, 5 uF dan 1.8uF perlu ditukar jika kipas berbunyi bising.
|
set capacitor yang perlu ditukar untuk satu papan litar |
|
beli lebih sikit, sebab aku ada 5 kipas nak repair |
Capacitor yang color kuning tu value 0.85uF, kedai yang aku beli tu takda capacitor color hitam. Boleh saja guna asalkan value yang digunakan adalah value yang sama.
|
selain skru driver, kena ada 3 lagi tool tambahan untuk repair kipas |
Keperluan untuk repair kipas, kena ada iron soldering, sucker dan timah soldering. Tanpa yang ni susah la sikit untuk kipas KDK ni. Ada jenis kipas yang tak perlu tool ni, sekadar sambungan wayar saja.
|
cabut capacitor lama dari papan litar |
Cabut kesemua capacitor yang aku sebut tadi dari papan litar dengan menggunakan soldering iron dan sucker. Pastikan korang tanda dulu kaki capacitor sebelum cabut, takut nanti tersalah cabut komponen lain.
|
masukkan capacitor baru |
Masukkan capacitor baru ke papan litar. Untuk memudahkan soldering, aku ikat sementara dengan getah supaya tak tertanggal waktu nak solder nanti. Kemudian terbalikkan papan litar tersebut.
|
kaki capacitor yang panjang tu tempat korang kena solder |
bila dah settle solder setiap kaki capacitor tersebut, kaki yang panjang-panjang to korang kena potong. Kalau dibiarkan, kemungkinan berlaku litar short circuit yang menyebabkan papan litar rosak terus. Jadi cari cutter ke, gunting ke...potong.
|
hasilnya papan litar dengan capacitor yang baru |
Korang masukkan balik papan litar ni ke tempat asal yang tadi. sambungkan wayar dan siap!!!!! Kipas korang dah laju dan tak berbunyi lagi.... jimat belanja bila buat sendiri.
Selamat mencuba.......!
jimat buat sendiri...
ReplyDeleteKalau kipas tak berpusing,apa punca dia?
ReplyDeleteCapacitor, beli yg 2.5 farad
DeleteMemang jimat asalkan kita ada cukup peralatan yang diperlukan.
ReplyDelete