Restoran makanan segera Harumi, Manjung Perak

Restoran makanan segera Harumi


Restoran Harumi ni adalah restoran makanan segera yang seakan-akan restoran KFC. Menu-menu utama di restoran Harumi ni ada ayam goreng. Ada pelbagai set menu yang boleh korang cuba. Ayam digoreng panas-panas. Mungkin tak se'famous' KFC tetapi cara kerjanya lebih kurang KFC la jugak. Senarai menu boleh tengok seperti di bawah ni.
senarai menu restoran Harumi
Tengok menu pun korang dah boleh imagine kan macam mana restoran Harumi ni.... Aku cuba ayam goreng diorang dan juga burger. Ayam goreng boleh pilih sama ada spicy atau non spicy. Rasa lain la sikit dari KFC, cuma burger yang aku try ni rasa macam seakan-akan burger Mac Donalds. Tu yang aku rasa la.... nak tau macam mana rasanya, korang kena cuba la sendiri.
set ayam goreng, coleslaw, mash potato

set ayam goreng, french fries

cheesy dip
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Harumi ni, nak tahu sama ke tak dengan KFC, korang boleh datang ke kawasan perniagaan di Manjung, Perak. Dekat-dekat je dengan Hospital Pantai Manjung. Nak lagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°13'02.8"N 100°40'10.1"E atau 4.217454, 100.669471

No comments:

Post a Comment