Makam Mahsuri, Langkawi

Kota Mahsuri (pintu masuk utama)

Makam Mahsuri
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. 

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Mahsuri dibunuh!
KISAH LAGENDA PEMBUNUHAN MAHSURI
Mahsuri ditambat dipokok untuk beberapa hari dalam hujan panas, namum Wan Darus suaminya yang keluar berperang di Kuala Kedah tidak juga balik. Sekalipun banyak pihak yang cuba menghalang dengan berbagai tawaran dan alasan, Dato' Seri Pekerma Jaya yang terkenal berpendirian tegas terus memberi arahan supaya Mahsuri disula sampai mati. Darah Mahsuri yang putih menimbulkan tanda tanya orang beranggapan dia sebenarnya menjadi fitnah korban.Sumpah Mahsuri Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan seakan menjadi kenyataan.
telaga Mahsuri



pandangan dalam telaga Mahsuri 
TELAGA MAHSURI

Dikatakan telaga Mahsuri ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Jikalau membasuh muka dengan air telaga ini, boleh menjadi awet muda seperti Mahsuri yang dikatakan sangat jelita pada zamannya. Ditelaga inilah Mahsuri selalu bermandi manda serta membasuh pakaian milik beliau. 

Air telaga ini juga dikatakan lebih sejuk berbanding telaga biasa yang terdapat disekitar Pulau Langkawi. Menurut penduduk ttempatan, dikatakan telaga ini tidak pernah kering walaupun pada masa musim kemarau. Khasiat air telaga ini juga dikatakan mampu memulihkan penyakit kulit dengan izin Nya.
Perkampungan Kedah

rumah kedah
Kepada yang merancang untuk datang ke melawat ke Makam lagenda Mahsuri, disertakan di sini google map dan gps koordinat sebagai rujukan dan panduan semua.
gps koordinat : 6°20'25.6"N 99°47'12.9"E atau 6.340442, 99.786902

No comments:

Post a Comment