Singgah makan lemang di Kedai Makan Kamariah, di kampung kendong lama, Kota, Negeri Sembilan

 

lemang di bakar panas-panas
lemang di bakar panas-panas

Kedai Makan Kamariah
Kedai Makan Kamariah
Aku dari Senawang nak ke Melaka, malas nak naik highway dah hadap jalan jem, aku pilih nak santai-santai ikut jalan lama. Masa aku di Jalan Seremban-Tampin, terpandang la kedai makan kamariah ni...Diorang ada jual lemang...Tetiba rasa macam teringin nak makan lemang, nak tungga hari raya lambat lagi, jadi singgah terus ler๐Ÿ˜๐Ÿ˜
lemang yang sedap, lembut pulut dia
lemang yang sedap, lembut pulut dia

rendang daging
rendang daging

rendang ayam
rendang ayam
Lemang diorang ni padu beb, rendang daging dan ayam pun sedap...ni kalau aku lalu lagi di jalan ni, mau kena singgh lagi๐Ÿ˜…..

Tapi kalau yang tak makan lemang, di Kedai Makan Kamariah ni juga ada nasi campur. Kebanyakkan lauk adalah masak lemak ler...Negori Slemlan kannnn....

harga lemang
harga lemang

lauk campur gerai kamariah
lauk campur gerai kamariah
Ok la geng, perut pun dah kenyang, jom sambung perjalanan ke Melaka...Kepada korang, boleh la singgah di Kedai Makan Kamariah ni. Lokasi boleh rujuk GPS dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 2°29'47.2"N 102°10'55.5"E atau 2.4964386791604145, 102.18207363368477


Kedai Biskut Famous Amos di AEON Mall, Melaka

Kedai Biskut Famous Amos
Kedai Biskut Famous Amos
Famous Amos ni adalah gerai jual biskut yang terletak di dalam AEON Mall di Melaka. AEON Mall yang aku pergi ni terletak di Taman 1 Lagenda, Melaka. Saja jer jalan-jalan cuci mata, tertiba terjumpa kedai biskut Famous Amos ni...
pelbagai jenis biskut yang sedap
pelbagai jenis biskut yang sedap

packaging pun cantik
packaging pun cantik
Biskut Famous Amos ni sedap-sedap...I likeeeee...aku suka, kau sukaaaa...nak tunggu apaaaa...jom beli sebungkus!

GPS AEON Mall Melaka: 2°12'53.5"N 102°14'46.9"E atau 2.2148382720415163, 102.24631978338908

RESEPI LOKAN GORENG ALA THAI

lokan goreng ala thai
lokan goreng ala thai

Bahan-bahan:
  • 3 kg lokan yang belum dikeluarkan isinya
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air
  • Selabu bawang besar dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 Sudu besar cili mesin
  • 1 hirisan halia
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sb sos ikan
  • 3 biji cili padi dipotong serong
  • 1 sudu kecil air perahan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Gula dan minyak secukupnya. Garam tak perlu sebeb dah masin dengan sos tiram.

CARA-CARA:
Rendam lokan, bersihkan, rebus dengan serai..bila dah terbuka, tutup api, sejukkan seketika dan keluarkan isi. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili mesin, kacau hingga garing, masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, kacau masukkan lokan, kacau lagi,
Masukkan sedikit je air, masukkan gula ,Aji dan cili kecil, masukkan bawang besar. Masukkan perahan limau nipis dan angkat. Hias dengan daun ketumbar..siap untuk dimakan.

Kredit resepi: norlia norlia

Resepi Ikan masak Asam

Ikan masak Asam
Ikan masak Asam

Bahan-bahan:
  • ikan kembong @ tenggiri @ merah dll 
  • asam jawa Adabi dalam 2 sudu kecil
  • bawang merah 5-6 bji belah dua
  • bawang putih 5 ulas
  • halia sehiris nipis 
  • garam
  • Gula 
  • cili padi 5-10 bji (ketuk sebijik-sebijik pun boleh)
  • tomato belah 4 (tak nak letak pun takpe)
Cara-cara:
  • ikan gaul garam kunyit & goreng
  • panaskan minyak tumis bawang merah + bawang putih + halia
  • dah naik bau masukkan asam jawa & air dalam secawan tea (nak kuah lebih letak lebih ye) 
  • masukkan cili padi & tomato... perasakan garam gula .. balance kan masam masin ye....last masukkan ikan...siap
Kredit resepi: Norashikin Ismail