Resepi Bihun Goreng Kampung

Bihun Goreng Kampung
Bihun Goreng Kampung
Bahan Bahan:
  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1 mangkuk sotong atau udang
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak
Bahan Tumbuk:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis – direndam
Bahan Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah
Cara cara:
  • Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita menjadi lebih sedap.
  • Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
  • Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
  • Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.
  • Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.
kredit resepi: Pamapedia

Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout, Taman Pauh Jaya, Pulau Pinang

Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout
Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout
Restoran Merong Lagenda Ikan Bakar & Shellout ni beralamat di No 36, Lorong Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang. Menu utama di restoran ni semestinya lah ikan bakar dan shellout. Tempat parking pun banyak dan restoran pun selesa untuk makan bersama keluarga.

Makan kat sini memang padu...korang boleh try makanan set ikan bakar...boleh pilih untuk berapa orang nak makan dan boleh add on menu lain kalau takda dalam set yang korang order tu....Aku pilih nak makan ikan bakar kat sini...dan aku ambil yang set punya....Jadi set aku ambil tu macam gambar kat bawah ni...2 tomyam seafood, 2 ikan bakar siakap, 2 kailan ikan masin, dan 1 sotong goreng tepung...tapi add on 1 lagi sotong goreng tepung...

ni aku yang aku order..ada banyak menu air..boleh pilih mana suka
ni aku yang aku order..ada banyak menu air..boleh pilih mana suka

kailan ikan masin
kailan ikan masin

tomyam seafood
tomyam seafood

siakap ikan bakar bersama air asam
siakap ikan bakar bersama air asam

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Set ikan bakar yang aku ambil ni set ikan bakar lekir....selain set ikan bakar lekir, ada juga set ikan bakar tuah, set ikan bakar jebat, set ikan bakar lekiu dan set ikan bakar kasturi...Semua nama set ikan bakar ni bersempena nama pahlawan melaka 5 bersaudara😁😁😁...

Selain ikan bakar dan shellout, di Merong ni juga ada menu western dan yang paling rare dan padu adalah menu set lobster cheese bergetah dan set lobster cheese meleleh... Menu-menu Merong ni korang boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah ni.

Set ikan bakar pahlawan 5 bersaudara
Set ikan bakar pahlawan 5 bersaudara😅😋😎

set ikan bakar+shellout, kerang, sotong
set ikan bakar+shellout, kerang, sotong

menu shellout dan ala carte ikan(bakar/stim/3 rasa)
menu shellout dan ala carte ikan(bakar/stim/3 rasa)

menu western
menu western

menu western
menu western

menu set lobster
menu set lobster
Sangat recommended untuk korang makan di Restoran Merong ni...memang padu dan sedap...Boleh cari di Taman Pauh Jaya...GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Merong ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.371500065945595, 100.41538699868983

RESEPI KUIH BUAH MELAKA

buah melaka
buah melaka

Bahan-Bahan:
  • tepung pulut
  • air pandan
  • sedikit garam
  • sedikit air kapur 
  • 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
  • gula kabung/melaka dipotong kecil
  • kelapa parut (putih)
Cara-cara:
  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
  • Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
  • Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
  • Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
  • Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
  • Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
  • Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
  • Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

Makan nasi ayam di Chicken Rice Shop AEON Bukit Mertajam

Chicken Rice Shop AEON Bukit Mertajam
Chicken Rice Shop AEON Bukit Mertajam
Restoran The Chicken Rice Shop yang aku makan di terletak di AEON Bukit Mertajam. Restoran ni sebenarnya banyak cawangan...Ada je kat tempat-tempat lain...Ni saja je aku nak bagitau kat korang kalau teringin nak makan nasi ayam chicken rice shop ni, yang tinggal berdekatan Bukit Mertajam, boleh la cari di AEON Bukit mertajam....
ni set menu yang aku pilih
ni set menu yang aku pilih

antara set menu yang ada di sini
antara set menu yang ada di sini
banyak menu yang best-best..tapi semuanya ayam ler yer...yang cari daging kambing plak kat sini😂😂😂....kat bawah ni adalah menu yang aku makan tu....
roasted chicken
roasted chicken

Prime honey BBQ chicken
Prime honey BBQ chicken

Ipoh bean sprouts
Ipoh bean sprouts
Sai to fish ball
Sai to fish ball


Nyonya Pai Tee
Nyonya Pai Tee

sos dan sambal
sos dan sambal
Kepada yang nak ke sini, boleh cari di AEON Mall Bukit Mertajam di tingkat 2. GPS koordinat dan google map AEON Mall ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°19'12.1"N 100°28'41.4"E atau 5.320039, 100.478157

X