Popiah basah dan Popiah goreng SS Ali, Ipoh

Popiah basah SS Ali

Popiah goreng SS Ali
Nak makan popiah basah dan popiah goreng yang sedap, jangan lupa singgah di medan selera Dato Tahwil Azar, gerai no 18. Alamat lengkap, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 Ipoh Perak. 
Popiah SS Ali ni mula beroperasi jam 5 petang. Ramai juga yang datang nak makan. Boleh makan di situ atau boleh bungkus.
medan selera Dato Tahwil Azar

gerai no 18, Popiah SS Ali

gerai no 18, Popiah SS Ali
Harga seketul popiah adalah RM1. Satu set popiah sama ada basah atau goreng adalah RM5 (5 ketul popiah).
Ikutkan popiah SS Ali ni asalnya diorang bermula secara kecil-kecilan di Sayong, Kuala Kangsar. Sekarang ni dah generasi yang ketiga perniagaan diorang. SS bermaksud Sultan Saukat, hasil gabungan nama bapa dan anak.
penyediaan popiah basah

popiah basah dan goreng
kepada yang nak merasai sendiri keenakan rasa popiah basah dan goreng SS Ali, boleh la datang ke medan selesa Dato Tahwil Azar, Ipoh. Gerai no18. Aku sertakan sekali dalam ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 4°35'45.5"N 101°05'03.0"E atau 4.595976, 101.084163

Mee Kicap dan Mee Kari Daud Mat Jasak, Ipoh

Kedai makan MEE DAUD MAT JASAK ni terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak. Mee Daud Mat Jasak ni adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan oleh food hunter. Jika ke Ipoh, pasti food hunter akan bergegas, berpusu-pusu ke sini. Walaupun tempat agak terhad parking, atas sebab ingin mencuba untuk makan mee di sini, pasti akan diusahakan juga untuk dapatkan parking.
Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari jalan utama

Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari tepi (lorong laluan celah bangunan)
Gambar kat atas tu menunjukan gambaran kedai makan Mee Daud Mat Jasak. Macam tu la rupanya kedai tu. Jangan terkejut, Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) pun pernah terjah ke Mee Daud Mat Jasak ni. Sebagai bukti, aku sempat snap plat JJCM TV3 tu..tapi agak jauh la sikit.
Jalan-jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3)
Menu diorang simple je. Ada Koay teow, bihun dan mee yang dimasak dalam tiga hidangan iaitu, kari, sup dan kicap. Terjahan aku kali ni, aku cuba mee kari dan mee kicap. Mee kicap boleh pilih nak disertakan dengan sup atau kari. Aku pilih sup. Mee Kicap ni adalah makanan masyarakat cini. Di sini halal la sebab di sediakan oleh orang melayu Islam.
mee kari Daud Mat Jasak

mee kicap Daud Mat Jasak

sup untuk mee kicap
Jadi, jika anda sukakan mee kari dan mee kicap, jangan buang masa, terus saja ke MEE DAUD MAT JASAK sekiranya korang berada di Ipoh, Perak. Keenakan rasanya yang perlu korang cuba sendiri. Sebagai panduan untuk korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke MEE DAUD MAT JASAK ni.
GPS Koordinat: 4°35'38.9"N 101°04'56.4"E atau 4.594145, 101.082331

Bertam Walk Cafe, Bertam Kepala Batas

Bertam Walk Cafe
Bertam Walk Cafe, di Bertam Kepala Batas. Dari pemerhatian aku, kedai makan ni sama saja dengan kedai-kedai makan yang lain. Menu standard lebih kurang sama. Ada masakan ala thai, goreng-goreng dan juga western food. Cuma ada sikit menu special yang aku perasan dalam menu diorang. Tapi aku tak try la menu tu. Menu tersebut adalah nasi goreng kambing, kambing bakar, nasi ayam penyet dan pulut mangga. Korang boleh le kalau nak try.
buku menu

menu special yang tertulis dalam menu
Menu yang aku makan di Bertam Walk Cafe ni macam gambar kat bawah ni.
nasi goreng ayam rempah

chicken grill
kepada yang nak datang Bertam Walk Cafe, boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti dibawah.
gps koordinat : 5°30'53.7"N 100°26'50.8"E atau 5.514902, 100.447448

Restoran Bafana, Bertam, Kepala Batas

Restoran Bafana di Bertam Kepala Batas. Buka dari pagi hingga petang. Pagi boleh sarapan. Ada dua lauk lauk kalau nak makan nasi. Tapi tak banyak lagi la. Kalau datang tengahari, banyak la makanan tengahari diorang. Ada gak iakan bakar, ayam bakar.
makanan-makanan breakfast

lauk-lauk nak makan tenghari pun ada

Restoran Bafana
Oleh sebab aku datang ni untuk sarapan pagi, jadi aku pilih untuk makan soto. Soto pun sodappp.
soto ayam
Singgahlah kalau ke sini...dengan denga klinik harmoni dan bank rakyat.
GPS koordinat : 5°31'00.8"N 100°26'50.7"E atau 5.516878, 100.447419