Showing posts with label Sandwich. Show all posts
Showing posts with label Sandwich. Show all posts

RESEPI SANDWICH STICK KETAM

SANDWICH STICK KETAM
SANDWICH STICK KETAM

BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 200gm kentang gulung segera | digoreng garing
  • 2 kelopak daun salad iceberg | dibilas air
  • 5 batang stik ketam | dikukus
  • 3 sudu makan mayones
  • Lada sulah secukup rasa
 CARA MEMASAK:
  • Hiriskan stik ketam yang telah dikukus dan kemudiannya digaul sebati bersama mayones. Perasakan dengan lada sulah secukup rasa.
  • Susukan daun salad di atas roti dan letakkan inti stik ketam yang telah disediakan.
  • Tutup dengan sekeping lagi roti dan hidangkan bersama kentang yang telah digoreng garing tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sandwich Ikan Dory

 

Sandwich Ikan Dory
Sandwich Ikan Dory

Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 keping roti jagung
  • 5 keping salad yg digemari - saya suka baby butterhead
  • 1 sudu besar hot dog relish- saya gemar jenama HEINZ
  • 1 keping ikan dory frozen - lebih kurang saiz roti
  • 1 st minyak zaitun
  • 2 titik kicap cair
Cara menyediakan dan memasak:
  • panaskan minyak zaitun dalam kuali tak lekat dan masak ikan sampai garing sikit, salad dan kemudian tuangkan relish tu kat atas roti, sedap dimakan ketika panas
Kredit resepi: my resepi 

SANDWICH TELOR CHEESE SEDAP DAN MUDAH

SANDWICH TELOR CHEESS
SANDWICH TELOR CHEESE 

Bahan-bahannya : 
  • 5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
  • 70gm mentega
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kepingan cheese 
  • 1 buku roti putih sandwich
  • Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur
CARA MENYEDIAKANNYA :
1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati.
2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis potong dua/ menyerong. Siap! - Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kaulu tak nak pun tak pe..

**bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperangan

angkat dan hidangkan!

Santai-santai makan di 96 Roti & Teko, Bandar Baru Perda, Pulau Pinang

96 Roti & Teko
Nak makan santai-santai ala-ala western boleh la datang ke 96 Roti & Teko di Bandar Perda, Pulau Pinang. Cafe ni dekat dengan bangunan baru. Dari bandar perda tu boleh tembus di jalan yanh menghala ke Bukit Mertajam. Kat sini aku rekomen korang makan sandwich. Korang boleh pilih jenis roti, boleh pilih flavor ikut selera korang...alaaaaa macam korang beli sandwich kat subway tu.
suasana dalam 96 Roti & Teko
Selain tu ada juga menu yang disediakan ikut set yang dah ditetapkan. Ada set untuk lunch dan ada juga set untuk dinner. Sebahagian menu set tu korang boleh tengak macam kat bawah ni.
menu set 96 Roti & Teko

menu set 96 Roti & Teko
Aku makan santai-santai je kat sini, aku order sandwich dengan kopi (kopicino kot, tak ingat). Nama sandwich yang aku order pun aku dah tak ingat...haaahaha
sayang plak nak minum kopi ni..cantik sangat

Sandwich
Tetiba diorang kasi mini slice cake, maybe free gift or diorang tengah nak buat promotion aku tak pasti...dah bagi free aku bedal jer la..hihihihi.
kek percuma (tak pasti sentiasa dapat or hanya dalam tempoh promotion sahaja)

banyak lagi flavor kek yang ada

Kalau korang pun nak santai-santai makan di 96 Roti & Teko, boleh datang di kawasan bangunan baru Di Bandar Perda. Kondominium Proinence. Senang-senang korang follow je la gps koordinat kat bawah ni.
gps koordinat 96 Roti & Teko :  5°21'57.3"N 100°25'39.6"E atau 5.365929, 100.427669